Tuesday, December 2

HARI AIDS SEDUNIA "WISHING FOR ZERO" 2014 DI NU SENTRAL KL


Alhamdulillah. Setelah sekian lama aku jarang turun ke mana-mana event semenjak dah bekerja ni, untuk hari ini (29/11/2014 yang lalu) aku diberi peluang dan keizinan oleh Allah s.w.t dalam bentuk waktu dan masa untuk aku hadiri Public event, Hari Aids Sedunia 2014 bertempat di NU Sentral, KL Sentral.



Wishing For Zero, Red Ribbons ialah simbolik kepada Hari Aids Sedunia yang kebiasaanya di adakan pada setiap tahun pada tanggal 1 Disember. Untuk sambutan Hari Aids Sedunia ini telah di anjurkan sepenuhnya oleh pihak PT Foundation yang juga menerima tajaan dari pihak CIMB Foundation, NU Sentral dan Durex Malaysia. Tujuan program ini di jalankan adalah bagi memberi sokongan moral pada mereka yang menghidap penyakit HIV Aids dan selain itu juga sebagai satu inisiatif dalam membanteras HIV Aids ini dari terus berleluasa di negara kita Malaysia.

Ini adalah pertama kali aku menghadiri event yang diadakan di NU Sentral, KL dan event-event berbentuk social awareness seperti ini. Untuk pengetahuan korang semua saat ini juga adalah saat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke NU Sentral tu. Haaaa... nampak tak selama ni aku jalan menonong je. Tak menyinggah memana pon bila sampai kat KL Sentral tu. Bila masuk je kawasan NU Sentral tu... waahhhh superb! la aku cakap. Cantik!!


Pada aku bagus event seperti ini diadakan di negara kita. Kenapa? Kerana dengan cara ini lah kita dapat hebahkan pada seluruh dunia bahawa sangat penting dan berharga nya nilai hidup kita di dunia ni. Dari program sebegini juga kita dapat maklumkan pada mereka bagaimana HIV ini mampu merosakkan hidup kita dan ia juga dapat membantu kita menghindarkan diri kita dari aktiviti yang mampu mengundang kepada HIV.

Dalam pemilihan tempat untuk event tersebut adalah sangat sesuai sebab seperti kita tahu lokasi NU Sentral adalah sangat hampir dengan KL Sentral yang tak pernah lengang dari orang sekeliling. Organizer juga menggunakan khidmat sukarelawan dalam membantu menarik perhatian orang ramai untuk menghadiri program tersebut.





Di samping menyampaikan info- info berkenaan dalam mencegah HIV Aids di kalangan rakyat Malaysia, program ini juga lebih berkonsepkan aktiviti santai yang mana para penonton turut di sajikan dengan beberapa hiburan yang disediakan oleh pihak penganjur PT Foundation.

Program ini juga membuka ruang bagi mereka yang ingin menunjukkan dan mempersembahkan bakat terpendam masing-masing.







Cuma 1 je la aku rasa terhad nya adalah dari segi ruang antara stage dengan kerusi tetamu. Mungkin sebab kawasan tengah tu pihak management NU Sentral tu dah setup prob untuk krismas. Jadi ruang untuk event tu jadi macam sempit dan limit sahaja. Actually kawasan tengah tu dah cantik dan cun untuk di jadikan center apa-apa saja event. Cuma harap ada lah ruang diberi untuk kawasan apa-apa event selepas ini.But overall it sukaa②






Ok sekian semua nya.







No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...