Saturday, May 17

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA


Dah telambat aku nak post entri sempena hari guru semalam. Dek kerana melunaskan tanggungjawab untuk kerja harian aku, even kerja kat rumah sekali pon aku perlu juga langsaikan kerana ia sebahagian tanggungjawab aku. So waktu macam ni la selalunya aku ada untuk aku update apa apa topik dalam blog aku ni.

Actually selepas 9 tahun aku meninggalkan zaman sekolah ( Makkk oiiii dah 9 tahun ek?) aku dah lupa date date important macam hari ibu, hari bapa dan hari guru. So sangat beruntung sebenarnya ada social media ni, so bila orang ramai keep reminding, o dari situ la aku baru alert.

Jadinya...bermanafaat la jugak la social media ni pada kita. Walaupon adakalanya lebih banyak buruk dari kebaikkan nye kan?

Dalam hidup aku, ramai sebenarnya yang menjadi guru selama aku hidup ni. Ramai yang membantu aku itu dan ini dalam mencorak langkah aku sehingga kini. Pertama nya, guru dunia akhirat IBU & AYAH aku. Meraka yang memberi didikan pada aku, even aku kerap ulang kesalahan yang di tegah, tapi mereka tak jemu memberi peringatan pada aku. Terima kasih NORBAKI KALAM dan SOHAINI KAMSI. 

Juga buat guru guru dari saat aku Tadika, yang membantu aku dan mengajar aku kenal huruf walaupon aku siap dapat 0 untuk setiap kali ujian spelling, tapi mereka tak juga jemu mengajar aku. Terima Kasih Cikgu Habibah. 

Untuk cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Belah, Sekolah Rendah Agama Batu Belah, Sekolah Menengah Kebangsaan Klang Utama dan juga buat pensyarah UITM Jengka Pahang dan UITM Shah Alam, Jasamu takkan ku lupa hingga akhir hayat ku.  Semoga Allah memberkati Guru-guru ku ini dunia dan akhirat.

SELAMAT HARI GURU dari saya atikahnorbaki.com 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...