Friday, April 25

PERANAN SEORANG KAKAK DAN ABANG


- Gambar adalah sumber Encik Google-

Masa time aku menepuh zaman Akil Baligh, yang menjadi peneman dan guru untuk menerangkan segala-gala yang aku perlu tahu ialah Ibu. Bila seorang anak remaja telah menempuh atau bakal menempuh zaman zaman tumbesaran ini, memang sewajarnya seorang yang rapat dengan kita (yang biasa nya Ibu) akan memberikan pendedahan awal yang harus mereka tahu.

Kebiasaan nya mungkin akan mengikut jantina la. Kalau perempuan, Ibu akan mainkan peranan. Kalau lelaki, ayah yang akan membimbing. Tapi adakah seorang kakak atau abang itu diam tanpa sebarang tangungjawab? 

Setahu aku, kita di lahirkan di bumi ini bukan sahaja untuk menikmati kehidupan dan merasai nikmat alam ALLAH s.w.t ni. Di samping menikmati, kita juga ada tanggungjawab untuk digalas. Tanpa tanggungjawab. manusia itu takkan ada nilaian di mata manusia lain. Kakak dan Abang itu di lahirkan untuk membantu Ibu dan Ayah untuk membimbing adik adik. 

Sebab sampai satu saat, tenaga minda dan daya kekuatan Ibu dan Ayah ini akan menjadi lemah. Jadi siapa lagi perintis kepada mereka? Sudah tentulah kakak dan abang kepada mereka mereka itu. Contoh dalam keadaan aku sekarang. Unexpected, adik aku dah capai zaman dan usia kedewasaan. Once aku dapat tau adik aku dah melalui masa masa yang di mana amalan baik dan buruk mereka yang akan tanggung sendiri. Jadi tak mungkin aku akan biarkan adik aku melalui saat ini sorang sorang tanpa bimbingan. Betul tak?


Segala pesanan yang harus di titik beratkan, membuatkan aku mengambil sikap tanggunjawab untuk membantu Ibu dalam menjaga adik aku. Bila si adik mula bertanya....

"Angah.. kalau dah datang bulan, memang akan keluar B*** ke?"

Kalau takde pengetahuan, tak mungkin aku bisa memberikan ajaran dan pegetahuan pada adik aku kan? Bila dia mula bertanyakan pelbagai soalan, itu bermakna banyak lagi yang perlu tahu dan ingin tahu. Jadi di sini la di mana peranan kita sebagai Kakak untuk membantu adik adik. Dan begitu juga bagi seorang abang.

Yang penting kat sini. Jangan mudah give up dan putus asa dalam mendidik adik adik kita. Kita kena ingat hikmah kita di lahirkan untuk menjadi seorang abang dan orang kakak adalah untuk memikul tanggungjawab pada mereka ini. 


4 comments:

  1. Malu aaaa nak komen pasal entri ni....ekekekekek...singgah untuk ari ni... tp itu lah tugas seorang kakak dan abang dalam keluarga..... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe nak buat pe malu... pengetahuan tu kan.... =)

      Delete
  2. Besar tanggungjawab sebagai abang and kakak ni kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa tau xpe.... dia seiringan besar nye dengan tanggungjawab Ibu dan Ayah =)

      Delete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...