Tuesday, April 15

HANTARAN MAHAL: Dilema aku sebagai gadis bujang


Gambar sharing dari FB ABG BEN

Tajuk yang amat menggerunkan aku. 'Ramai Membunjang Lantaran Hantaran Mahal'. Aku pon seperti manusia biasa jugak. Siapa yang tak nak kawin kan. Tengok lelaki pon dah terdetik 'hensem nya' 'kacaknya' tapi tak de naluri nak berkahwin. Tipu la! Dan kali ini blog aku It Not About Size akan bercerita sedikit delima wang hantaran ni. 

Actually ini lah yang membebankan fikiran aku sebenarnya. Even aku takde la nak kawin dalam masa terdekat ni kan. Tapi perancangan ke arah tu kadang-kadang tergugat oleh hantaran. Mesti ada yang pelik kan kenapa pulak aku yang pening-pening. Sebab biasanya keluarga pihak perempuan yang akan letak kan syarat wang hantaran Mostly memang macam tu.

Aku akui, kadang-kadang bila bab hantaran ni, orang akan kata pihak perempuan kejam sangat, macam nak jual anak ke, bla bla bla bla. Tapi kena di fikirkan jugak, kadang-kadang hantaran tersebut di pengaruhi dengan kos persediaan. Baju pengantin. Hantaran. Kalau yang amik catering kos catering lagi. Ada yang lengkap dengan khemah, meja kerusi. Kalau yang ni ada extra cas jugak. Memang ada yang pakej sekali Catering + Khemah + Kerusi + Meja ( termasuk dengan alas meja, kerusi) pon ada la dalam RM10k gak. 


Kalau yang tak buat kat rumah, dewan. Each tambahan kena cas. Aku pon takde la planning nak buat havoc havoc semua. Tengah pikir yang simple simple pon mau kena puluh ribu jugak. Jadi kalau nak cakap tentang HANTARAN ni, banyak aspek kena tengok. Kena research balik. Banyak benda kena di nilai kan. Bukan sesedap je nak letak harga kan. Kecuali la ada yang memang jenis nak ketuk lebih lebih tu, aku no komen. Sebab manusia ni semua tak sama. Masing masing ada niat tersendiri. Nak menunjuk ke. Nak bermegah ke. Itu kena Tepuk Dada, tanya la hati masing-masing.

Lagi satu, aku nak bagi contoh satu rancangan kat Astro. Raikan Cinta. Korang mesti ada tengok kan. Aku pon tengok gak. Sebab tu la aku bagi contoh untuk masalah wang hantaran berlebih ni. Tapi aku tak kan salah kan 100% pada rancangan tu. Tapi actually impact rancangan tu sebenarnya mempengaruhi mereka-mereka termasuk aku yang belum berkahwin ni. Sebab apa? Sebab perkahwinan ni telah di jadikan TREND. Bukan WAJIB. Faham tak maksud aku? 

Trend Majlis. Trend Baju. Trend Pelamin. Trend fotografi. Trend Video. Dan kerana TREND ini lah yang membuatkan masing-masing terbeban. Dan dari situ, mereka yang menyediakan service berkenaan meletakkan harga yang melambung tinggi. Disebabkan terlalu banyak persaigan di luar. Ada yang expect kalau murah, akan dapat yang cincai je. Kalau mahal, dapat yang perfect sikit. Yang part ni kena pikir hal lain pulak. So banyak benda nak kena nilai bab Wang Hantaran Tinggi ni. Jadi ayat untuk sedapkan hati dan hakikatnya, Berbelanja Ikut Kemampuan. Itu lebih afdal.

Perancangan perkahwinan aku, aku ingat nak buat yang wajib
- NIKAH.
- Jamu tetamu makan je.
- Tak nak pelamin besanding.
- Makan beradab
- Photography (Perluuu..kenangan tu weeiii)
- Gift. 

Agak-agak berapa kos nya ek?



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...