Sunday, March 23

EVENT: TCEB Business Forum "Thailand Exhibition... Business Success for ASEAN Platform" (Part 2)

SAMBUNG....

Dalam pukol 2.04 pm lebih citer tu pon habis... so apa lagi.. aku bergegas ke tempat yang nak di tuju.IMPIANA HOTEL KUALA LUMPUR. Keluar je dari pintu utama KLCC, Hujan lebat gila kat luar.... Oopppssss! macam mana aku nak pergi ni? Hujan pulakkk.... Dah la aku tak tau jalan....

Aduuhhhh...macam mana aku nak pergi ni. Hotel tu sebelah mana ek? dekat area sini ke??

Tertoleh toleh gak aku tengok bangunan keliling KLCC tu. Kot kot la hotel tu area depan depan sini ke. So tak yah la aku susah-susah. Tapii sayang...aku memang tak nampak bayang. Mata aku dah terpandang dah kat teksi teksi yang tunggu seberang jalan tu. Tak payah pikir panjang, aku naik teksi sudah.

Aku pon tegur la sorang pakcik ni. Gaya memang macam pakcik teksi. Sebab masa tu dia pegang payung macam tunggu pelanggan. Lagi pulak masa tu dia tak pakai baju casual pemandu teksi. Jadi aku mula mula tu tak sure. Terus je aku tegur dia.

"Pakcik...saya nak ke Impiana Hotel Kuala Lumpur?"

Pakcik tu mula-mula macam taknak bawak. Aku agak sebab hotel tu dekat sangat area KLCC kot. So macam tak balik modal la kot kalau dia hantar aku. Tapi bila aku cakap nak ke hotel tu, dia terus sebut amount..

"Aaaa.. boleh la, tapi pakcik cas RM10 la."

Dan aku ni pulak, jenis yang kalau tu memang aku tengah urgent sangat. Aku memang tak kisah. Bayar je la. Janji aku sampai. Pakcik teksi tu cakap kat aku, kalau ikutkan biasa memang dia tak dapat bawak aku pegi hotel tu. Katanya sebab hotel tu memang dekat. Lalu kat KLCC Convention Center, ada jambatan tu terus ke Impiana Hotel. Tapi bila aku cakap aku tak tau lalu mana, plus masa tu pulak tengah hujan, so dia bawak la juga. Tu yang dia cas RM10. Tapi aku tak kisah pon. Dalam purse aku ada lagi Rm20 untuk aku cover nak balik nanti.

Sampai kat Impiana Hotel tu, aku dah start nervous. Masuk je hotel dah macam orang hilang arah. Betul  ke aku kat sini? sorang sorang? Dengan orang keliling yang macam-macam gaya. Tapi yang best nye bila pakcik teksi tu berhenti kat depan pintu hotel, penyambut tetamu hotel tu bukakkan pintu teksi. Pehhhhh...!! untuk beberapa saat aku rasa seperti orang kenamaan. Kahkahkah!!

Memang tak di nafikan, masuk hotel tu je aku jadi pending! blur! eemmm...aaaa nak pegi mana ni. Sempat gak aku mengerling kat orang-orang kat Ground Floor. Pastu mata aku terpandang sorang staff hotel yang seolah-olah memahami ke'blur'an aku. Jadi dia pon offer la service dia.

'May I help you miss?"

Alamokkk... omputih pulakkk... aku jawab..

" Can I know where is Ballroom 2?"

" You go straight there until end, then take lift go to level 2"

Setelah meninggalkan senyuman manis pada staff yang melayan aku tadi dan di tambah dengan ucapan Thanks ye miss! so aku jalan ke arah yang dah di beri tahu tadi. Kebetulan pulak ada sorang akak ni naik lift dengan aku, terus aku tanya dia "event TCEB kat mana ye?"

Fine,dia adalah urusetia event tu, so lucky me jumpa orang yang uruskan majlis tu. 

"Sini cik ya. Haaa sebelah kanan tu meja pendaftaran"

Kalau mereka tahu bahawa aku bukan datang dari mana-mana company, tapi hanya menghadirkan diri ke event tersebut untuk tambah pengalaman sebagai blogger bebas, tentu diorang akan terkejut kan. 


Masuk masuk je majlis dan mula. Wakil dari Thailand tengah present tentang Thailang Exhibition. Nasib baik dia free sit. So aku apa lagi amik tempat paling belakang yang kosong. Lagi satu, orang kat keliling aku semua pakai blazer, formal. Aku je yang macam santai je. Dah masuk tu, kepala aku keep thinking 

" Apa aku buat kat sini ni? Betul ke aku kat sini ni? Di kelilingi dengan businessman dan business woman? Betul ke ni?
 

So aku citer sikit la ye apa sebenarnya cerita di sebalik event yang aku datang hari tu. TCEB ni nama panjang dia THAILAND CONVENTION EXHIBITION BUREAU. Yang mana organisasi ni diorang yang bertanggung jawab handle event exhibition kat thailand. 

Macam mana aku nak bagi contoh ek? eemmm... haaaa.. korang biasa kan pergi shopping mall, and ada satu hari, ada orang buka booth jualan. Biasa nya lokasi kat center shopping mall tu. Sometime ada yang buat kat dewan besar. It depends la. So organisasi ni yang bertanggungjawab untuk setup everything untuk jalankan event tu. 

Company yang datang event ni dari pelbagai cabang. Ada F&B, Mechanical, Cosmetic, dan macam-macam lagi lah. So main objective forum ni diadakan adalah, diorang nak invite company-company kat malaysia untuk buat exhibition kat thailand. Dari segi advantage yang lain, diorang cuba untuk bukak platform atau market company malaysia ke thailand dan juga thailand ke malaysia. Kiranya, dengan exhibition ni company company yang involve selain target diorang nak dapatkan customer dan memperkenalkan product mereka ke mata luar, diorang juga boleh build network sesama sendiri. 

Haaaa... amik...kauuu..bila aku dah cakap bab bisnes dan marketing, sangat formal sudah ayat-ayatnya. Kalau nak citer lagi memang banyak pon. Mahu tak cukup satu entri ni. 


Gambar kat atas ni korang boleh tengok la sebahagian apa yang berlaku. Aku dok kat belakang ni main ketip ketip gambar jela. Bila aku focus, aku tulis la note sikit.

Hahaha... haaa nampak tak betapa rajin nye diri aku ini. Tulis note tau. Tapi ni memang dah jadi habit aku. Aku suka untuk menulis. Walau pon kadang-kadang aku tak guna atau refer lansung note aku tu, tapi aku akan rasa macam full of infirmation aku dapat plus aku rasa aku pergi ni bukan bawak otak kosong and balik pon kosong juga. At least berisi dengan beberapa ilmu. 

So dalam pukol 4.30pm macam tu event habis. Perut pon mula berkeroncong. Rasa nak makan sangat. Sebab masa aku nak masuk ballroom tu kat depan diorang dah hidangkan apa apa yang patut. Sempat gak la mengerling kejap. Yang tak boleh bla nya... Bila habis je program tu, aku cepat cepat pack barang. Aku nak keluar. Tak nak ada yang singgah singgah salam ke apa ke. Kot kot orang nak tegur aku ke. Hahaha senget sangat perangai aku masa tu. 

Tapi otw aku nak keluar..ada pulak tetiba akak ni tegur...

"Dari company mana?"
"EEeemm... Namia Network"
"Oo yeke... haaa ni kad akak... kad awak?"
"Oooppss! sori kak saya terlupa bawak kad"
"Isshh..apa lah bisnes pon bole lupa bawak kad.."
"Hehehe..."  menyengih aku kejap pluss rasa macam kena TAMPAR! pon ada...aduuhhhh..
" Haaa..awak company IT kan?"
"Aah...."
" Nanti awak bagi apa2 info tentang company awak sebab saya perlukan orang IT untuk company saya"
"Ooo... ok ok takde masalah... nanti saya call akak balik la..heeee"

sambil sengih aku keluar dan... aku terpikir apa aku cakap tadi..eerrrr ye ye je aku ni kan. Fiiuuhhhh... ok! lupakan saat nebes tadi now kita tengok apa yang aku bole makan kat luar tu...



Sori la aku tak amik pic satu satu makanan yang terhidang ni. Kalau ikutkan aku, memang nak je aku amik satu per satu. Tapi kang nampak pelik pulak orang orang kat sana "awat plak budak ni amik pic makanan tu.." Hahahah kerana diorang tak tau blogger memang suka amik pic gambar. Gambar itu penting kepada seorang blogger. Haaaa... yola sangat statement aku ni. Dannnn.. untuk pengetahuan korang aku tak makan semua makanan ni. Aku hanya amik mihun goreng dan kuih apa entah. Tapi sedap la. Kenapa aku tak rasa semua makanan ni? Ia adalah kerana tahap KEMALUAN aku tetiba memuncak. Dan betol la kata orang dulu dulu. 'Malu sangat nanti rugi'. Haaa gitu la.... eh! ada ke statement tu ek? Eeemm apa apa je la... Whatt ever... Kerana malu itu juga, aku makan tanpa minum air. 

Sebelum beredar, sempat aku tanya kat akak daftar tadi... 

" Surau kat mana ek kak?"
"Surau kat level satu.. hujung sekali..."
"Ok! Thanks ye..."

Sebelum ke surau, sempat aku ber'selfie' kat tandas level 2 ni. Cantik pulak view dia. Yang penting semangat ber'selfie' ni di sokong dengan adanya Handphone Lenovo di tangan tu. Kahkahkah!!



SURAU IMPIANA HOTEL KLCC.

 


BERSIH * CANTIK* KEMAS* SELESA* ada aircond... best! 

Gift yang aku dapat masa event TCEB hari tu. Pen Drive berapa GB entah. Mula-mula ingat gelang, rupanya pen drve. Heheheh macam tau tau je aku punya hilang entah ke mana. 

Habis dahhhhh!!!

**Aduuhhh.. lenguh kaki bersila ni haaa... dudok bawah jooo masa menaip entri ni... kebas udah kaki eden niii.... 









No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...