Showing posts with label kawan aku mati dalam rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label kawan aku mati dalam rumah sewa. Show all posts

Wednesday, August 13

MOVIE PREVIEW: KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA


Korang jangan buat muka terkejut ye dan tanya kenapa aku post lagi tentang movie Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Hari tu contest untuk join Movie day Out. Tapi orang kata rezeki tu bukan atas ketentuan kita, lepas aku submit je entri contest Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa , terus pihak penganjur meluluskan entri aku tu. 

AWAS! Jangan korang cari gambar aku dalam event tu sebab aku tak bergambar sangat pon. Muka serabai baru balik kerja terus je redah ke sana. So mata tuuuu.. jangan dok jeling jeling cari di mana aku. Hahaha yang penting mereka mereka yang hadir tu saja tau akan kewujudan aku di Movie day out tempoh hari.


Pada 11 Ogos 2014 bersamaan hari Isnin lepas, bertempat di Ecurve, Damansara telah berlansung Pra tonton untuk Movie keluaran Mangkin Prestij Sdn Bhd iaitu Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Apa yang membuatkan aku teruja nak tengok movie ni sebab Kumpulan Bocey sebagai pelakon utama dalam movie kali ni.



Actually aku bukan nye peminat tegar kumpulan Bocey ni, tapi sebab aku mengikuti perkembangan diorang dalam Maharaja Lawak Mega hari tu, lawak diorang memang antara yang aku nantikan. So bila aku tau diorang main dalam movie ni, teringin gak aku nak tau berjaya ke diorang bawak watak dalam bentuk filem.


Sinopsis Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa :

Filem ini menceritakan tentang 3 orang rakan baik iaitu Rudy, Akhirrudin dan Remyyang tinggal bersama di rumah sewa. Rudy (Acey) merupakan seorang pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem yang diperolehinya. Manakala Akhirrudin (Abam) pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan Remy (Fad) merupakan seorang pengilap kasut. Mereka menyewa di rumah Pak Cik Osman (Yasin SYJ) dan tidak membayar sewa rumah selama 3 bulan. Tidak berapa lama kemudian hadir seorang teman iaitu Saipol (Epy Kodiang) merupakan anak saudara kepada Pak Cik Osman.

Bila aku tengok movie ni... aku memang takde rasa was was nak tonton. Sebab nya memang Bocey berjaya bawak lawak diorang sama dengan Maharaja Lawak Mega hari tu. Means..... aku tak berhenti gelak dari mula hingga habis citer tu.


Di tambah pulak dengan bantuan watak Yassin SYJ tu, bertambah kelakar lagi ada. Kalau aku yang tengok free ni pon rasa berbaloi dapat tengok... Apatah lagi korang yang bakal membeli tiket untuk menonton nanti. Dari 5 Bintang, aku bagi 4 1/2 bintang. Haaaaa kenapa aku tinggalkan setengah? Saja tak nak bagi habis bintang. Tu simpan untuk review movie yang lain pulak. Kah Kah kah....

Tarikh : 14 Ogos 2014 (Khamis)
Genre : Komedi seram
Penerbit : Hashim Rejab
Terbitan : Mangkin Prestij



Antara rakan blogger yang turut hadir tempoh hari. 

Ok! Hakakk nak makan... dah lapar ni... daaaa....


#Gambar kredit tu Bro Framestone dan Ayue Jean 



Monday, August 11

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa


Akhirnya...... update juga aku contest untuk Movie Day Out arrange by Bro Framestone bagi movie Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Biasa la mood beraya dek noooonnn...jadi asyik tertunda je la hakakk nak update contest ni.

Ok ok hakakk dah xde mase nak celoteh panjang. Now terus kepada apa yang hakakk kene tuju. Incase atau sekiranya berlaku pada aku... Jika... Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa... Apa aku nak buat?? Think! Think! 

Adoiiii stuck otak aku.... Maklumlah... Tak pernah ada pengalaman dok umah sewa.... Tapiii incase la berlaku pada aku... Cuak?? Eemmm maybe jugak... Gelabah?? Mungkin jugakk...first mungkin aku akan call sesapa yang terlintas dlm fikiran aku... Tindakan seterusnya..... Krik krik krik.....





Actually ini adalah reality contest ye. Bukan hakakk sje je nk post citer tentang ni... So korang yang lain nak join movie day out Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa...bole la join. Tapi sekiranya sempat la ye. Ni pon aku masih cuba nasib je.

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...