Friday, May 18

WISH LIST

WISH LIST | Jarang aku nak set apa yang aku nak. Tak kisah lah dari segi barang ke, impian ke, apa-apa je lah. Setakat ni aku cuma terima apa yang aku dapat, apa yang datang pada aku dengan tangan terbuka. Tak pernah lah nak argue apa-apa pon. Hidup orang takde impian, macam ni lah. Hahahah bukan lah takde impian, cuma kadang tak tahu apa yang aku nak.

Dan aku pon takdelah pasti sangat pon apa yang aku nak ni dikira wish list ke atau hanya sekadar list benda biasa-biasa je. Sebab aku rasa macam mengarut pulak kalau aku senaraikan tu. Hehehehe... Ahh takpelah. Lain orang lain fahaman wish list dia kan. Heheheh. 

Ok apa yang aku nak,


  • Kasut kerja

Yes! first thing yang aku nak. Kasut kerja official aku. Nampak kelakar kan? Tapi benda ni lah yang aku takde. Huuhhh kalau korang satu tempat kerja dengan aku, korang tau la kasut apa aku pakai. Memang tak mencerminkan lansung pekerja yang berwibawa. Suka hati aku je pakai kasut sarung yang entah apa-apa. Heheheh dan elak dari terkantoi pakai kasut ikut suka, aku akan pakai warna yang gelap sikit. So jarang orang nak trace. Sebab diorang akan tengok kita sekali lalu je. Kalau dia fokus betul-betul kat aku, haaaa masa tu la aku akan terkantoi. OUT!!!!

Laa bukan tak nak beli, tapi kasut macam ni mahal sangat lah. plus aku tak pernah pakai kasut tinggi so agak janggal bila nak kena kan. Pastu aku tak rajin nak survey dari satu kedai ke satu kedai. Kalau orang yang rajin mungkin diorang akan dapat lah yang murah. Aku pulak jenis suka pergi yang mana aku nampak je. Bila pergi je kedai yang terlintas depan mata, tengok harga mahal, terus aku tinggalkan dan bla. So dalam kepala yang terfikir nak cari kasut tadi terus hilang macam tu je. Lepas tu aku pergi beli lagi koleksi kasut sarung ikut suka aku tu sebagai koleksi kasut kerja aku akan datang. Hahahaha..

  • Microphone Studio Recording

Yup!! ini yang aku nak. Ini.. ini.. ini... ini....!!! Mana nak cari ye?? Ada sesiapa tau tak?? Ya Allah kalau aku dapat ni aku tak dapat bayangkan betapa 'heaven' nya dunia aku!!! Kalau ada sesiapa yang tahu please la bagitau kat mana aku boleh dapat kan. Tapi nak yang murah-murah la. Heheheh kalau mahal parah gak aku. Aku nak buat apa dengan benda ni? Smule la... apa lagi. NGEEE..

  • Camera

Aku dah fikir lama dah pasal camera ni. Tak kisah la apa-apa brand pun tapi aku nak camera yang size-size gini gak. Tujuan nya sebab untuk blog aku. Untuk kelancaran dan pemantapan performance aku dalam berblog ni. 

Amacam? masuk akal tak wish list aku ni. Dan wish list ni akan berubah-ubah kalau ada salah satu dari 3 ini aku dah dapat. Jadi akan ada senarai yang baru dalam wishlist aku ni nanti.. Heheheheh... Ok done!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...