Maniskah Cinta | Kita semua manusia biasa. Takde manusia yang suka kan kesunyian. Dan termasuk lah diri aku. Walaupun berkali aku kecewa dalam perhubungan. Adakala bila aku berhadapan dengan kekecewaan seolah aku mampu untuk hadapi. Seolah aku boleh harungi segala jenis perasaan yang mengganggu.
Tapi sangkaan aku pada naluri dan firasat aku tersalah rupanya. Aku sebenarnya pura-pura dalam segala kekuatan yang aku ada. Aku selalu cuba menunjuk pada mereka yang aku kuat. Aku ok. Aku boleh senyum seperti biasa. Aku boleh gelak. Ye betul aku boleh gelak. Sampai terbahak-bahak kadang tu. Tapi semuanya kerana aku sunyi.
Kekecewaan yang aku tak pernah sangka akan berlaku dalam hidup aku dan paling sakit bila berhadapan dengan kekecewaan yang berulang, terasa macam..... aahhh pedihhn nya...! Lagi sakit bila kekecewaan yang berlaku pada aku adalah dari "dia" yang memberi harapan. Harapan yang aku akan bahagia di samping dia. Hidup bersama selamanya. Yang mana keindahan itu akan jadi milik aku dan dia. Tapi sebenarnya mereka bukan bersama aku. Mereka memberikan aku kesakitan yang memakan diri pada aku.
Masa tu aku mula termenung. Aku suka bersendiri. Aku lebih melayan apa yang aku nak fikirkan. Aku hanya layan dunia aku semata-mata. Orang keliling, aku tak perasan lansung. Aku hanya fikir, "aku perlu move on". Aku perlu lupakan "dia" dan "dia" yang menyakiti diri aku. Aku perlu layari hidup aku seperti "mereka" yang seolah tak bersalah atas tindakan mereka pada aku. Aku perlu ikhlas dalam melayari kehidupan aku. Dan paling penting aku jangan sesekali hidup dengan perasaan kebencian pada seseorang. Dan of course jangan wujudkan rasa kebencian pada mereka yang memberi kepedihan itu. Dan ianyaaaaaa bukan suatu yang...
MUDAH! erghh!!!
Sampai satu ketika, datang sekali lagi yang sudi menghulurkan cinta. Aku yang sunyi pada masa tu rasa dalam bersedia dan tidak. 50% percaya. 50% tidak. Aku bukan apa. Aku cuma nak lebih berhati-hati kerana aku takut dengan kekecewaan sekali lagi. Aku yang sememangya sebelum ini dah pun bersedia untuk mempunyai komitmen pada suatu hubungan, bila yang hadir seseorang yang ikhlas, ikhlas menghulurkan kasih, aku pun terima dengan berlapang dada.
Dan aku sekali lagi sebenarnya mempertaruhkan keikhlasan orang kepada aku. Orang cakap apa, sungguh berani mengambil risiko?? Biar betul aku ni. Tapi dia memang ikhlas. Sangat ikhlas pada aku. Nak aku ceritakan macam mana dan bagaimana rasa aku pada dia susah aku nak huraikan dengan kata-kata. Tapi aku benar-benar percaya pada dia. Bukan sebab aku tergopoh mencari seseorang. Sebelum ini aku yang lebih menyayangi. Aku yang lebih memberi. Aku yang lebih kedepan menunjukkan perhatian aku. Pengorbanan aku. Tapi akhirnya "mereka" berubah dan seolah tidak pernah ada rasa komitmen pada aku.
Kecewa tersangat.
Benarlah cakap orang, "Kita harus pilih yang menyayangi kita berbanding dengan kita yang menyayangi nya". Dan alasan ini aku takkan gunakan pada dia yang memberi dahulu segala perasaan pada aku. Untuk aku permainkan dia. Seperti mana yang aku pernah rasa dulu. Seikhlas dia pada aku, lebih dari itu aku akan beri. Dan aku percaya kali ini akan ada kemanisan yang akan berakhir seperti setiap pasangan yang menginginkan.
Kecewa tersangat.
Benarlah cakap orang, "Kita harus pilih yang menyayangi kita berbanding dengan kita yang menyayangi nya". Dan alasan ini aku takkan gunakan pada dia yang memberi dahulu segala perasaan pada aku. Untuk aku permainkan dia. Seperti mana yang aku pernah rasa dulu. Seikhlas dia pada aku, lebih dari itu aku akan beri. Dan aku percaya kali ini akan ada kemanisan yang akan berakhir seperti setiap pasangan yang menginginkan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com