Assalamualaikum. Uishhhh. Lama betul aku tak menaip kat tempat favourite aku ni. Maklumlah kerana ke 'busy' an kerja (alasan cliche tak dapat update blog) jadi lama juga lah aku tak menjengah. Actually sekarang ni aku tengah dok key in data kerja aku ni. Tapi penat lah dok ngadap dan menaip benda yang bernama 'kerja' tu so melencong la kejap. Tak salahkan? hahahah!!
Tiba-tiba masa tengah dok siapkan kerja aku terfikir tentang perkataan 'move on'. Kalau ikutkan perkataan move on benda biasa je. Dan perbuatan tu dah lama kita adapt dalam kehidupan kita. Tapi sesejak kita terpengaruh dengan zaman hipster ni, jadi word 'MOVE ON' telah menjadi antara perkataan kegemaran budak-budak sekarang. Bukan budak je yang havoc guna, Mak, Pak pun turut join sama menggunakan ayat motivasi dan berhantu ini, termasuk la aku sendiri. Kahkahkahah!! Let's Move on gitu.
Apa itu Redha?
Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah.
Apa itu Move on?
Singkatan nya di panggil sebagai bangkit. Istilah ini lebih sering diterapkan terhadap orang yang sedang patah hati dan sulit untuk melupakan hal yang pernah ia dialami.
**P/s: Definisi di atas itu bukan dari sumber ilmuan yang terbilang ya. Semua tu info dari google. Nak tahu makna sebenar boleh rujuk pakar bahasa atau para Ilmuan yang mahir.
Kalau dari segi perkataan dan pemahaman diri sendiri, 2 perkataan itu nampak serupa. Ianya lebih memberi makna bahawa seseorang perlu meneruskan kehidupan dan menerima kenyataan atas apa yang berlaku. Akan tetapi Redha adalah lebih menyeluruh kepada semua perkara dalam kehidupan kita. Dari semua perkara dan dari segala sudut dan perlu kembali kepada Yang Satu.
Akan tetapi bagi 'Move On' pula lebih dekat digunakan pada perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Lebih dekat juga dengan perkara yang berkaitan dengan cinta.
Macam mana nak move on? macam mana nak redha?
Move on ini nampak simple tapi berat untuk dilalui. Setiap orang baik lelaki atau perempuan mempunyai cara yang tersendiri untuk merelakan diri untuk move on. Tapi hati kita masih lagi mengharap untuk sekujur tubuh yang bernama manusia untuk sentiasa memahami apa yang kita rasa dan yang kita harapkan. Tapi apabila mereka gagal faham seperti apa yang kita mahu, kita akan terus kecewa..kecewa..dan kecewa.
Untuk menghadapi redha aku tidak kata ianya mudah. Apa yang kita rasa masih juga sama dalam perasaan kita saat perlu move on. Masih juga ada rasa kecewa. Give up. Down. Sedih. Macam-macam lagi. Tapi bezanya kebergantungan kita atas semua yang berlaku adalah pada Dia yang satu. Kita duduk sendirian. Membayangkan saat itu hanya ada kau dan Dia dalam dunia ini. Kau mengadu. Kau menangis. Semuanya kau luahkan pada Dia. Sampai ada ketika untuk perkara yang kau tak mampu nak lafazkan pada Dia, kau dapat rasa seolah-olah Dia faham apa yang tak terucap oleh diri kau masa tu. Air mata yang mengalir itulah pengganti bicara yang tak terlafaz tersebut. Lepas tu kau akan rasa lega selega nya.
Tak salah untuk anda pilih nak yang mana. Tiada salah untuk Move On. Tiada juga silap jika pilih Redha. Kedua-dua perkara ini masih lagi perkara yang baik. Just be strong dan enjoy your life ok?
deep..belajar untuk redha tu ambil masa yang lama adapt perkataan ni...kadang kita redha dengan something tapi tak terluah di mulut..hanya terluah jauh di sudut hati je..
ReplyDeleteAda hikmah apabila kita diuji atau sesuatu yang tidak diingini berlaku .Sebab tulah kna bangkit semula dan perbaiki diri supaya kita dapat belajar sesuatu daripada ujian tersebut
ReplyDelete