Monday, October 9

VIDEO MARY KAY SKINVIGORATE CLEANSING BRUSH



Mary Kay Skinvigorate Cleansing Brush | Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak share tentang brush cleanser dari Mary Kay. Ramai yang dah tahu ke? Atau hanya aku sahaja satu-satunya insan yang baru tahu tentang kewujudan brush ni. Almaklumlah sebelum ini kalau nak cuci muka pakai tangan saja dan gosok. Pusing lah beberapa kali di muka sehingga kita rasa dah rata dan bersih dari segala kekotoran.


Dalam video yang aku kongsikan itu aku ada tunjukkan 2 situasi yang mana cara normal kita mencuci muka iaitu menggunakan tapak tangan dan cuci muka menggunakan brush dari Mary Kay, Skinvigorate Cleansing. Jarang sebenarnya kita nak aware mengenai sejauh mana cleanser tersebut rata dan bersih diwajah.  Once kita gosok sememangnya kita dah terlalu yakin wajah kita sudah pun bersih. 

Normally tidak kira lelaki atau perempuan hanya menitip beratkan cleanser apa (brand) yang kita gunakan. Jarang untuk kita isukan cara kita membersihkan wajah kita. 




Kelebihan Skinvigorate Cleansing ini:

  1. 85% menanggalkan solekan dari cucian tangan
  2. Meningkatkan penyerapan skin care kedalam kulit.
  3. Menambahkan tampilan kulit dengan segera.
  4. Menghaluskan garis-garis halus, kedutan dan pori
  5. Sekatakan kulit

Merujuk kepada gambar yang aku kepil kan diatas, anda semua boleh tengok fungsi apa yang ada pada Mary Kay Skinvigorate Cleansing. Button On/Off tu as usual untuk on dan off lah kan. Button bulat atas dia untuk kawal tahap kelajuan. Jadi bila kita on dan control speed dia brush head tu akan berputar ikut kelajuan kita ambil. Jadi ratakan lah pada wajah kita dan gosoklah selama mana yang anda nak dikawasan yang rasa nak dicuci lebih. 

Kalau aku, aku suka sental pada hidung dan atas dagu. Bila dah pakai memang rasa licin. Seolah macam baru lepas guna scrup di muka. Jadi alang-alang kita nak jaga wajah, perlulah jaga betul-betulkan? Ye tak?

Untuk rujukan dan mungkin nak tahu lebih lanjut tentang Skinvigorate Cleansing Brush ini boleh hubungi Beauty Consaltation Mary Kay Puan Aina. Kot information aku ada yang tak cukupkan, boleh rujuk beliau ek!


7 comments:

  1. Replies
    1. tau xpe... style skg alatan skg ni... tiada alasan untuk tidak cantik gituuu...

      Delete
  2. Replies
    1. ooppss! hehehe nak pakai hashtag sajat la... #janganmengata hahahah

      Delete
  3. Beratus jugak MK cleansing brush ni , tapi blpuas hati sebab dya cuci setiap kotoran yg ada pada muka ..smooth je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tang rege jgn cakap la... ada value sikit.. ngeee

      Delete
  4. menarik. Investment yang bagus. Selama ni muka basuh gitu-gitu je

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...