Wednesday, August 23

MEGA WEDDING MALAYSIA PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP BERAMAI-RAMAI


Pakej Perkahwinan Lengkap Beramai-Ramai dan Eksklusif di Malaysia anjuran Mahligai Impian dan MEFA telah pun berlansung pada 12 Ogos 2017 di Marina Putrajaya. Majlis perkahwinan tersebut telah meraikan seramai 10 pasangan pengantin yang telah memberi kepercayaan kepada syarikat perancang perkahwinan ini untuk melaksanakan acara yang gemilang mengikut lunas Islam.


Dengan peruntukkan sebanyak RM7000.00 bagi setiap pasangan ianya lengkap dengan segala keperluan persiapan bermula dari persolekkan, majlis pernikahan, majlis resepsi, makan beradap, goodies dan bermacam lagi untuk memeriahkan majlis tersebut.  Jumlah yang di kenakan oleh pihak penganjur kepada pasangan pengantin sedikit sebanyak membantu mereka dan ahli keluarga dalam meraikan majlis perkahwinan tersebut. 

Dengan kadar kos kehidupan yang kian meningkat adalah menjadi tunjang utama Mega Wedding ini menjadi pilihan pasangan ini dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna bagi mereka dan semestinya ia mengikut kepada syariat Islam yang ditetapkan.

Mega Wedding Malaysia kali ini telah memilih Marina Putrajaya sebagai memenuhi konsep 'Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik' dan pastinya pemandangan ditepian tasik itu telah mewujudkan suasana yang romantis yang tak akan dapat dilupakan oleh pasangan pengantin serta keluarga.

Projek ini boleh dikatakan ‘bukan bermotifkan keuntungan’ dan merupakan ‘kesedaran’ dan bantuan untuk bakal pengantin dan ibubapa pengantin yang kurang mampu. Penganjur bersama acara ini ialah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.

















Pasangan pengantin mendapat pakej seperti dibawah dengan bayaran RM7,000.00

1) 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
2) Menu Katering istimewa
3) Live show daripada band terpilih
4) Deejay Jemputan dan PA System
5) “Door Gift” untuk setiap tetamu
6) Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
7) Liputan khas daripada media
8) Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
9) Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
10) Pelamin Eksklusif istimewa
11) Pelamin Nikah di dalam Cruise
12) Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
13) Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
14) Kek Kahwin untuk semua pasangan
15) Penginapan Hotel satu malam di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)

Senarai Penaja
1) Ampire Events
2) Eddie Photo Video
3) Yann Rifft Team (Makeup)
4) Coffee Corner Faizal Azzuuri
5) Fynaz Wedding Favors
6) Butik Norjuma
7) Masjid Putra, Putrajaya
8) Shangri-La Putrajaya
9) Marina Putrajaya
10) Cruise Tasik Putrajaya

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Azahari di 012-3871775



4 comments:

  1. Tak perlu membazir buat Majlis. Mama sokong program mcm ni. Gambar pun cantik

    ReplyDelete
  2. Bagus juga pakej mcm ni ...
    mrs pip dtg melawat T_T #afbdotmy

    ReplyDelete
  3. bestnya.. belanja murah dan dapat kawen atas cruise..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...