Tuesday, June 13

MISI PENYERAHAN DAN SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MUALAF


Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Program sempena bulan Ramadhan ini. Tercapai juga keinginan aku. Keinginan untuk merasai join program kemasyarakatan. Errr macam tu ke ek orang panggil? Heheheh lantak lah apa pon orang sebut. Tapi macam tu lah maksud aku. Allah beri peluang pada aku untuk merasai selepas 29 tahun. Syukur Allah kenalkan pada aku kawan-kawan yang sememangnya involve dengan aktiviti macam ni. Jadi melalui mereka la Allah beri kesempatan ini pada aku. 

Perjalanan program penyerahan ni bermula pada jam 2 petang macam tu. Dalam lingkungan masa gitu lah. Selama ni aku hanya tengok cerita yang orang dok ceritakan pada aku je. Macam mana pengalaman mereka pergi kerumah mereka yang susah. Bagi sumbangan. Takde pon aku tengok dalam FB aktiviti group-group yang ada buat donation macam ni. Nak join kita pulak tak tahu  nak melalui siapa. Lagi pulak takde kenalan yang rapat. Jadi segan gak nak join mereka.


Mualaf ni seperti yang kita tahu adalah mereka yang convert dari agama asal mereka dan memilih Islam sebagai panduan hidup. Setiap antara kita sememangnya dah pun Allah tetapkan kesukaran dan ujian jenis apa yang Dia nak kita diuji. For sure semua itu adalah kerana Allah nak tengok sejauh mana tahap keimanan, akidah kita, dan bagaimana kita meletakkan Allah sebagai tempat utama yang kita akan tuju dan bagaimana juga kita akan jadikan Dia sebagai sumber utama kebergantungan hidup kita. 

Kita yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam, kadang tu belum tentu mampu untuk menahan ujian yang sedikit sahaja dari Allah, ini kan pula seorang yang bernama Mualaf. Ya. Kita mungkin lebih faham apa itu takdir. Apa itu ujian. Apa itu sabar. Itu pon kadang tersasar juga. Bagaimana pula mereka yang sememangnya tidak pernah didedahkan suatu ketika dulu dengan segala ajaran Islam. How hard them to face every test given. Sangat menguji Iman mereka kepada Allah.

Dan sebenarnya, pandangan kita biasa memandang mereka yang dikalangan 'susah' adalah dari bangsa melayu kita sendiri. Tapi kita jarang membuka luas lagi pandangan kita untuk melihat mereka yang susah yang datang dari mereka yang seagama dengan kita tertutama golongan mualaf. Kita biasa saja didedahkan mualaf yang 'ada-ada' atau kata lain 'berada' iaitu yang masih mampu dari aspek kewangan. Dan sememangnya adalah wujud mereka yang 'daif ' atau 'susah' itu dari golongan mualaf.

Untuk rumah pertama di area Seliau Negeri Sembilan, (tak dapat dipastikan siapa nama puan ini) dia berasal dari sabah. Dahulunya dia beragama kristian. Suaminya memang asal negeri sembilan tu juga kalau tak silap. Mempunyai 4 orang anak. Suaminya tak bekerja. Jadi pendapatan mereka hanya bergantung pada kerja-kerja upah yang suami dia ambil, disamping menjual kembali hasil tanaman cili yang ditanam dihalam rumah. Rumah yang beliau duduk sekarang tak silap rumah tinggalan keluarga suami nya kot. (maaf, ingat-ingat lupa pula info tu)

Lokasi kedua juga di area negeri sembilan iaitu di Bengkel Seri Sembilan. Bengkel Seri Sembilan ini untuk makluman semua adalah sebuah pusat bagi mereka yang dari kategori OKU (ORANG KELAINAN UPAYA). Tapi sayangnya, kami tak dapat berjumpa dengan si penerima sumbangan ni. Masa ni dia takde. Tak dapat dipastikan pula aku mana dia pergi. Maklumalah kita ikut je. Tak tanya banyak. Cuma apa yang menarik pandangan aku dan juga pandangan sahabat aku waktu itu, kita terkadang lupa untuk memberi perhatian kepada golongan OKU (orang kelainan upaya) ni. Biasanya bila sambut ramadhan, mana-mana organisasi hanya lihat golongan anak yatim, warga tua untuk diberi dan dikongsi kegembiraan. Tapi jarang OKU ini dipandang penting juga dimata penyumbang. Bukan nya aku bermaksud perlu lupakan anak yatim dan warga tua. Tetapi kita juga harus ingat OKU juga menginginkan sedikit kegembiraan seperti mana insan lain perolehi.

Walau macam mana pun, sumbangan telah berjaya kami sampaikan kepada wakil mualaf berkenaan. Dan aku rasa team yang bawa aku tu mesti sedang merangka perancangan akan datang untuk aktiviti bersama golongan OKU ini pula.

Destinasi terakhir kami ke rumah seorang Ibu tunggal bersama 4 orang anak yang masih kecil. Untuk kisah wanita ini aku lebih memberi fokus pada masalah yang dia hadapi. Mungkin kerana aku dah mulai hadam dengan aktiviti waktu itu. (hahahah lambat pick up sungguh aku ni) Dia ditinggalkan suami masa mengandungkan anak dia yang bongsu. Anak sulong berumur 7 tahun, yang kedua berumur 5 tahun, yang ketiga 3 tahun, yang bongsu dalam setahun macam tu. Bekerja sebagai pengawal keselamatan di hospital berhampiran rumah dia. (tak ingat nama hospital) Gaji yang diperolehi RM1200. Rumah yang disewa sekarang RM450 sebulan. Dapat bantuan zakat tapi 3 bulan sekali hanya diberi bantuan RM70 untuk beli barang dapur instead sebelum ni dapat RM100 tiap bulan. Don't know why zakat bagi macam tu.

Betul lah, kadang dalam hidup kita ni, dalam setiap perjalanan hidup kita sememangnya kita perlu sekali untuk masuk kedalam dunia mereka yang jauh lagi suffer dari kita. Kadang kelebihan mereka yang dari mata zahir kita ini nampak mereka sebenarnya susah, serba kekurangan berbanding kita yang masih lagi ada rezeki yang diberi, dimata mereka dan wajah mereka terpancar mereka seolah tenang dengan dengan kesusahan hidup mereka. Walau pun mungkin dalam hati mereka merintih sedih hanya Allah saja yang tahu. Tapi yang dizahirkan dari mereka, seolah tiada apa yang membelenggu. Aku yang baru diuji sedikit susah, hampir terkadang tak mampu nak berfikir. Gusar memanjang. Kadang itu tak kuat untuk menghadapi. Rasa malu je dengan diri sendiri dan malu dengan insan-insan ini. Sangat menginsafkan diri aku. Pengajaran yang Allah nak beri pada aku memang aku deliver sebaik-baiknya. Pengalaman ini memberi 1001 erti pada aku sebagai manusia dan hamba Allah.

Selepas usai program penyerahan kepada keluarga mualaf ini kami pon terus bergerak ke destinasi 'kita-kita aje'. Lokasi berbuka puasa di Grand Beach Resort, Port Dickson.











Ok, itu saja perkongsian aku untuk aktiviti bermakna ini. In Shaa Allah next time panjang umur aku join untuk program macam ni juga. Bye.!!

7 comments:

  1. Semoga usaha murni ini dirahmati...AMINNN...sedapnya mkn ramai²

    ReplyDelete
  2. bagus dapat sertai program kemasyarakatan seperti ini

    ReplyDelete
  3. hebat juga ujian mereka...mungkin juga ada yang dibuang keluarga setelah memeluk agama islam. besar ujian mereka berbanding kita yang lahir islam.

    kita kena panjatkan syukur nasib kita sangat baik. semoga program ini dapat diteruskan untuk membantu golongan mualaf yang tidak bernasib baik ini...

    ReplyDelete
  4. tertanya-tanya saya jika ibu anak 4 ini pergi kerja..siapa yang menjaga anaknya?

    semoga Allah permudahkan segala urusannya...

    ReplyDelete
  5. Tu dia.. sedapnya buka puasa. Alhamdulillah teruskan aktiviti csr mcm ini. Memberi kepuasan pada diri sendiri kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...