Monday, April 24

Bagaimana ia bermula?

Assalamualaikum...

Part 1.

Aku nak kongsikan satu cerita tentang macam mana aku mula nak diet. Masing-masing ada cerita tersendiri. Dan ini adalah version cerita aku. Kesedaran aku nak kurus tu dah lama dah.  Of course bertahun. 



Tapi tahun 2006 - 2007 macam tu aku start ambil supplement kurus. Kalau korang pernah ingat Dr. Romzey, Jus mate. Masa ni aku mula berjinak dengan jogging. Untuk pertama kali nya. Nasib baik ada kawan yang sudi teman aku jog. Aku siap minta tolong lagi "weekend please teman aku". Punya semangat. Berkesan ke? 

Yup!

Masa tu kawan ada tegur. 
"Angah, nampak dah kurus sikit"

Tapi time tu aku tak pernah timbang pon berapa berat aku. Baik sebelum dan selepas diet. Yang aku tau masa tu berat aku almost reach 105kg 😜. 

105kg dari berapa aku tak pasti. Almaklumlah aku ni memang alergic sikit dengan barang bernama "penimbang" ni. Untill now aku tak suka. Tapi meanwhile ni aku mula akrab sikit lah dengan benda alah tu. Kalau nak timbang pon bukan depan orang. Tidak akan sama sekali aku akan timbang depan orang ramai. Biarlah kau family ke. Kawan baik ke. Lover aku ke. I WON'T!! 


Pemahaman aku tentang DIET suatu tika dahulu?

 

Cukup sekadar,

1) Minum Lite tea (teh kurus yang bermacam brand dah aku cuba)

2) Makan supplement kurus. (Contoh yang aku ambil dulu Jus Mate dan Susu Alpha Lipid)

That all. 

Macam tu je lah aku diet dulu. 

No exercise.
Makan masih sama. Quantiti yang sama (means banyak as usual)
Air manis. 
Fast food still juga ambil. 

Jadi dari pengurangan berat badan aku dari zaman diploma sampai aku sambung degree dan tahun-tahun selepasnya aku rasa bertambah kot. Cuma aku tak tau berat aku masa tu berapa. Yela kan aku bermusuh dengan penimbang tu 😡.

Dari selepas tahun 2006.. naik ke 2007... seterusnya tahun yang berikut sehinggalah tahun 2015.....

Dan pada tahun 2015....

Sambung.... 


1 comment:

  1. Susah kan nak diet. Echa pun mcm tu. Penah mkn ubat kurus tp efek dia instead of bagi kyg, echa jadi lapar memanjang je haha. Sbb tu taknak lagi mkn ubat kurus. Skrg pun cuba diet n tak mkn nasi. Tp benda lain maseh tak blh cut off lagi. Tsk.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...