Assalamualaikum semua. Terlambat rasa nya saya nak update dan kongsi dengan korang semua tentang pusat rawatan rambut yang di kendalikan oleh bangsa Bumiputera kita sendiri. Apa nama pusat rawatan tersebut? Korang kena baca sampai habis dulu perkongsian aku ni ye.
Sedikit info yang aku nak kosngsi kan disini, Samada anda tahu atau tidak sebenarnya masalah keguguran rambut dan masalah pertumbuhan rambut seseorang itu sebenarnya bukan berpunca daripada masalah rambut itu sendiri. Tapi ianya adalah berpunca kepada perubahan hormon dalam badan yang tidak stabil dan ianya juga boleh berpunca dari keturunan. Yang mana kita mewarisi masalah tersebut dari ahli keluarga sebelum ini.
CitySkin MediSpa adalah pilihan tepat untuk tampil sihat dan
jelita di bawah satu bumbung. Gabungan Klinik dan Spa ini bukan sahaja
menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang pentingkan kecantikan dan
kesihatan, malah turut menawarkan nasihat dan bimbingan kepada mereka yang
mempunyai masalah kesihatan.
Cityskin Medispa merupakan gabungan inspirasi ibu dan anak,
Wan Julia Sham Dato Ariffin, 53 tahun serta anak beliau, Siti Farah Azwin Abd
Khalid, 26 tahun. Keduanya sering
mengimpikan gabungan klinik dan Spa patuh syariah khas untuk wanita dan lelaki
demi memenuhi permintaan yang tinggi akhir-akhir ini. Ramai di luar sana yang masih tidak faham tentang
kepentingan gabungan MediSpa ini.
Penjagaan kecantikan dan kesihatan seharusnya berjalan seiring.
Kedua-duanya amat berkait rapat. Jika
kesihatan tidak diutamakan pasti ia akan menggugat kecantikan luaran yang lain.
Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin yang juga
merupakan seorang Pakar Anti-Penuan dan Estetik berpendapat bahawa masyarakat
harus diberi pendedahan yang lebih terperinci mengenai kaitan hormon dalam
mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian. Beliau merupakan antara doktor
Melayu pertama di Malaysia yang menerima Board Certified In Anti Aging &
Regenerative Medicine (ABAARM – A4M USA).
ketidakseimbangan hormon berlaku kerana peningkatan usia, pemakanan tidak sihat, kurang senaman, pencemaran alam sekitar dan banyak faktor lain. Jika ini tidak dirawat, masalah pertumbuhan sel akan berlaku dan menyebabkan keguguran rambut sekaligus seseorang bakal berdepan dengan masalah kemurungan yang mana akhirnya boleh menjejaskan prestasi kerja dan kehidupan seharian. Antara simptom yang dihadapi akibat ketidakseimbangan hormon adalah keletihan, kemurungan, darah tinggi, kegemukan, insomnia, obesiti, ketidaksuburan, kelesuan, keguguran rambut, pusingan haid tidak teratur, migrain, senggugut dan sebagainya
Siti Farah, Graduan Keusahawanan Ijazah Sarjana Muda dari Lim Kok Wing Universiti, beliau telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Nutrisi, Certificate in Nutrtion & Health, Plaskett International College, London serta Diploma Human Nutrition & Health dari Open University, Malaysia. Ilmu dalam bidang nutrisi dipelajari bagi mencukupkan diri untuk mebantu golongan pelanggan yang menghadapi masalah pemakana yang tidak seimbang. Selain itu beliau melanjutkan pelajaran kedalam bidang Terapi Kecantikan dari City & Guilds London & Laurent Bleu, UCSI. Beliau juga telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Paramedikal Trichology Diploma dari International Association of Trichologist, Sydney, Australia, dimana dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu menyelesaikan masalah rambut gugur sesetangan individu. Ilmu yang dicari adalah seiring dengan cita-citanya untuk menjadi usahawan muda yang berilmu dan berdidikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan CitySkinMediSpa dan Hair Rich World Integrated Trichology Center.
Lagi gambar:-
Sijil Pengiktirafan
Cityskin Medispa
B7/1/1 Jalan Ampang Utama 1/2,
One Ampang Avenue Business Centre
Taman Ampang Utama
68000 Ampang Selangor
Untuk sebarang keterangan lanjut tentang layari FB & Instagram : CITYSKIN MEDISPA atau hubungi : 03 – 4253 5257
Hair Rich World Integrated Trichology Center
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2242 0880
Masalah hormon memang berkait dengan penampilan dan kesihatan.
ReplyDeleteBila dah ada tanda2 kena cepat selesaikan kalau dibiarkan makin melarat.
Tak nak lah tua sebelum usia kan? :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)