Gambar Sumber Google.
Dah lama sebenarnya aku nak kongsikan dalam blog aku ni. Mungkin ada sesetengah yang tahu dan mungkin ada yang tidak. Dan aku sendiri pun pada awalnya tak pernah tahu ada aplikasi ni dalam Playstore android tu. Pengguna Iphone pon boleh juga search apps ni. Sebab adik aku pengguna Iphone pun aku dah suruh dia Install.
Aplikasi My Calendar.
Sebelum ni dan kebiasaan nya kaum wanita akan menggunakan cara manual iaitu dengan menandakan di kalendar peribadi masing-masing pada hari mereka datang bulan. Kenapa pentingnya setiap wanita untuk menandakan pada tarikh tersebut adalah sebagai langkah awal dalam perancangan untuk melihat kesuburan mereka (terutama kepada mereka yang telah berkahwin) dan juga persediaan bagi kedatangan bagi bulan seterusnya.
Tidak dinafikan ada juga wanita yang masih kurang arif dalam pengiraan waktu kesuburan mereka dan juga dalam menentukan keuzuran bagi bulan seterusnya. Jadi bagi mereka yang rasa perlu untuk tahu kitaran kesuburan dan sebaliknya boleh download/install My Calendar dalam smartphone masing-masing.
Memandangkan zaman sekarang segala urusan hanya dihujung jari anda sahaja, jadi pasti takkan ada masalah terlupa atau terlepas untuk rekod peribadi masing-masing ini.
Cara nak download as usual search pada Playstore dalam handphone "My Calendar" dan pilih seperti gambar yang pertama di atas tu. Dan gambar yang kedua ini adalah gambaran dalaman yang ada dalam apps tersebut. Jadi boleh lihat di situ apps tersebut akan bantu untuk kirakan berapa hari kita sedang datang bulan dan di berikan juga anggaran berapa hari bulan bagi kedatangan bagi bulan berikut.
Bagi "Next Fertile" pula adalah jangkaan bagi waktu kesuburan seseorang tersebut. Jadi bagi pasangan yang mungkin sedang dalam perancangan bagi menginginkan cahaya mata boleh lah rujuk apps ini sebagai bantuan tambahan dalam merancang kehamilan.
Dalam gambar diatas anda semua boleh lihat pada 8/7 adalah hari pertama datang bulan dan tertera disitu juga kiraan bagi hari pertama hingga pada hari terakhir. Mesti anda terfikir macam mana dan bagaimana apps ni boleh bantu kirakan jumlah berapa hari kita datang bulan dari hari pertama sampai hari terakhir (biasanya 7 hari normal datang bulan).
Ok macam ni, masa mula-mula kita nak gunakan apps ni, kita kena setkan bila last hari pertama kita datang bulan dan bila tarikh kitaran tersebut habis. Kalau ada yang masih ingat dan ada di tanda pada calendar masing-masing untuk waktu datang bulan sebelum ini, boleh la setkan siap-siap dalam 'My Calendar'. Jadi untuk datang bulan seterusnya apps ni akan siap calculate kan terus.
Cara kita nak setkan tarikh hari pertama datang bulan, anda boleh klik pada tarikh tersebut dan akan keluar 'Period Start' dan klik. Pada bila mana datang bulan anda berakhir, dengan method yang sama anda klik pada tarikh berkaitan dan klik pada ' Period Ends' seperti dalam gambar diatas.
Wanita yang telah berkahwin, sebagai bantuan kepada anda dalam merancang dan memilih tarikh atau hari yang bersesuaian untuk merancang kehamilan anda juga boleh merujuk pada apps ini. Seperti yang saya terangkan tadi selepas tempoh kita datang bulan akan ada sebenarnya hari dimana waktu kita adalah subur. Jadi anda boleh lihat seperti gambar diatas, sebagai contoh dari tarikh 15 hingga 21 haribulan ianya adalah expectation tarikh yang mana anda boleh gunakan untuk perancangan kehamilan. Walaupon mungkin ada yang berfikir "kalau" tak jadi macam mana?
Apa yang penting kita perlu ingat ketetapan rezeki itu perlu berserah kepada Allah s.w.t. Aplikasi ini hanyalah sebagai langkah atau rujukan dan asbab semata-mata untuk membantu anda semua dalam merancang dan juga mengambil berat tentang kesihatan masing-masing. Sebagai wanita, kitaran haid ini adalah sangat penting dan tidak boleh di pandang remeh. Jadi selagi ada cara yang boleh memabntu diri kita, tidak salah untuk kita gunakan sebagai rujukan diri.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com