SESI MELUAH PERASAAN :
Aku penat. Aku penat untuk segalanya. Bila aku yang di beri harapan tetapi aku seolah-olah yang di gantung tak bertali. Nampak macam pelik je penggunaan peribahasa tu kan? Tapi itu lah yang di ibaratkan dalam situasi aku ini. Bila ada yang sudi menghulurkan jadi aku sambut dengan tangan terbuka. Umur yang menjangkau hampir meningkat dewasa, soal Hati dan Cinta bukan lah sesuatu yang pelik untuk didengar.
Aku penat. Aku penat untuk segalanya. Bila aku yang di beri harapan tetapi aku seolah-olah yang di gantung tak bertali. Nampak macam pelik je penggunaan peribahasa tu kan? Tapi itu lah yang di ibaratkan dalam situasi aku ini. Bila ada yang sudi menghulurkan jadi aku sambut dengan tangan terbuka. Umur yang menjangkau hampir meningkat dewasa, soal Hati dan Cinta bukan lah sesuatu yang pelik untuk didengar.
Lain lah saat zaman-zaman sekolah rendah, menengah, diploma itu semua zaman yang perlu kawalan untuk soal cinta-cinta ini. Tak aku nafikan ada juga jodoh yang datang dari zaman belajar, jadi persoalan itu aku tak boleh nak pertikaikan. Cuma kalau ikutkan pengalaman aku soal cinta ini memang tak luak untuk zaman masa aku masih belajar lagi.
Almaklumlah dengan fizikal aku ni, itu adalah salah satu sebab aku pilih single dan tiada komitmen tinggi untuk persoalan tentang cinta dan masa depan. Cuma bila ada yang sudi menghulurkan sedikit ruang untuk aku merasai cinta dan sayang, sudah tentu aku terima. Aku pun manusia biasa. Aku nak juga merasa apa yang orang lain rasa. Indah ke. Seronok ke. Bahagia ke. Semuanya benda kalau ikutkan nak je aku rasa.
Setelah aku buat keputusan, aku tau orang akan kata aku buat pilihan yang salah. Dan sebaik-baiknya aku perlu fikir dan terus fikir tentang keputusan aku itu. Semuanya berlaku tanpa aku sedar. Aku sendiri tak pernah rancang untuk wujudkan rasa sayang dalam hati untuk si dia. Cuma yang aku tau semua yang berlaku ini adalah yang di luar jangkaan diri aku sendiri. Aku sangat yakin dengan apa yang aku rasakan. Bagi aku semua itu kurniaan untuk aku. Walaupon sebenarnya aku lihat 50-50 di matanya.
Siapa tak nak setiap yang 'bermula' dan 'bahagia' adalah pengakhiranya. Betul tak? Itu lah juga harapan aku. Tapi aku sedar ada saja halangan yang berlaku. Macam-macam halangan yang aku nampak. Dari satu ke satu, dua ke dua, tiga ke tiga. Dia pon nampak tak yakin dengan keputusan yang dia sendri lakukan.
Aku cuma penat ternanti-nanti jawapan. Jika tiada just maklumkan pada aku. Jangan tiba-tiba kau ada...lepastu tu kau hilang. Jika tak mampu untuk memberi, hentikan lah dengan cara baik. Aku juga nak teruskan kehidupan aku. Jika aku sendiri perlu lakukan tindakan untuk menghentikan semua, aku terpaksa lakukan. Kerana aku tak mahu sakit menunggu dan sentiasa menanti tapi tiada penyudah dan kesudahannya.
TERIMA KASIH ...AYAT DI BAWAH INI MEMBERI SAYA SATU INSPIRASI UNTUK MENAMATKAN SATU HUBUNGAN YANG TIDAK MENJANJIKAN APA-APA HANYA BUANG MASA.
ReplyDeleteAku cuma penat ternanti-nanti jawapan. Jika tiada just maklumkan pada aku. Jangan tiba-tiba kau ada...lepastu tu kau hilang. Jika tak mampu untuk memberi, hentikan lah dengan cara baik. Aku juga nak teruskan kehidupan aku. Jika aku sendiri perlu lakukan tindakan untuk menghentikan semua, aku terpaksa lakukan. Kerana aku tak mahu sakit menunggu dan sentiasa menanti tapi tiada penyudah dan kesudahannya.