Saturday, March 7

BIHUN GORENG


Sumber Google.

Tiba-tiba aku teringat kisah beberapa hari yang lalu. Masa tu aku perlu hadir satu mesyuarat. Ini adalah antara mesyuarat yang pertama kali yang aku perlu hadiri sejak aku mula bekerja. Isu yang ingin di bincangkan actually tak lah aku faham sangat. 

Sebelum hari kejadian aku dah call pihak urusetia utk survey dulu apa sebenar isu yang akan di bentangkan. Dapatlah jugak sikit gambaran walaupun bukan 100%. 

So bila sampai pada hari tersebut, aku datang dengan penuh yakin. Waahhh drama sungguh aku. Padahal dalam kepala ni penuh ?????? tu je. Tapi yang penting confident. Di sebabkan mesyuarat pagi, so aku x sempat la makan brekfirst. Tapi aku agak diorang mesti ada sediakan nanti makanan. 

Sampai-sampai je... hidung dah terbau-bau kelazatan... Bihun goreng. Bukan tu je. Ada kuih.. buah.. air nescafe. Dalam segan-segan tu masa makan tetap makan. Tapi tak lah aku start dulu. Tengok orang depan buka, aku buka.. tengok orang depan tarik.. aku tarik.. lepas tu... makan time!!

Hampeh nye!

Bila aku sedap-sedap menjamu selera.. Abg/Encik/Tuan sebelah aku ni ajak berborak pulak. Untuk soalan pertama ye aku layan lagi. Dia tanya aku jawab. Aku sambung makan lagi. Pastu soklan kedua pulak. Dia tanya..aku jawab lagi.. dia senyap je aku sambung balik. Dengan harapan tiada lagi soalan bakal di tanya lagi. Aku pon berazam untuk habiskan cepat bihun tu. Walaupon ayam goreng dia keras, tapi sebab lapar dan bihun pon sodap so aku layan kelazatan tu.

Akan tetapi... segalanya musnah...

Bila Tuan tadi berborak panjangggggggggggggggggggggg.... mata aku sambil tu tengok sekeliling. Orang semua banyak dah beransur. Tak mungkin aku akan duduk dan habiskan lagi bihun tu. Dengan hampa aku tolak bihun tu kedepan dan aku cakap pada Tuan tadi....

'Ok encik saya balik ofis dulu ye'

Sambil senyum dia balas...

'Ok...ok...'

Pintu keluar aku tolak.. dan aku menjerit dalam hati...

'Bihunnnnn akuuuuuuu!! Aaarrgghhhh'



1 comment:

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...