Setiap orang ada kelebihan dan skill tersendiri dalam bidang kerjaya masing-masing. Aku sendiri pon tak sangka yang aku mempunyai kelebihan dalam melaksanakan kerjaya sebagai Telemarketing. Ini boleh di katakan kerjaya aku untuk kali kedua sebagai seorang Telemarketing. Pertama kali aku ceburkan diri dalam bidang ni masa aku dapat peluang kerja pertama kali lepas aku graduate.
Mula-mula aku ceburkan diri dalam kerjaya ni sebab aku kalau boleh nak dapat peluang kerja yang selaras dengan apa yang aku belajar. Sebelum ni aku amik jurusan Marketing, so kalau boleh biarlah kerja yang aku dapat ni related la dengan apa pengetahuan yang aku ada.
Walau pon company aku dulu memang buat hal dengan staff-staff dia, tapi tanpa peluang dari sana belum tentu aku akan ada ilmu yang berkaitan dan menambahkan skill aku dalam kerjaya Telemarketing ni. Actually bukan mudah sebenarnya untuk kita create trust orang bila berurusan dalam telefon sahaja.
Bukan aku tak pernah bercakap dengan customer yang
"Tak boleh jumpa ke?"
"Susah la berurusan dalam telefon je"
"Sekarang ni bahaya nak percaya discuss on the phone"
Itu lah antara dialog yang customer akan cakap dengan aku. Bila kita berhadapan dengan customer macam ni, bukan penjelasan berkenaan info product yang lebih menguatkan. Itu hanya sampingan sahaja. Tapi yang paling penting ialah 'Macam mana kita menggunakan gaya bahasa dan intonasi yang betul bila kita bercakap dengan customer'
Aku tak boleh nak salahkan customer 100% bila mereka tetap juga tak nak teruskan berurusan dengan kita melalui phone. Aku pon, kalau letakkan diri aku dalam diri customer tu, aku tahu apa yang mereka rasa. Ofcoz rasa tak selamat tu ada. Jadi apa tindakan yang aku buat. It ok! Tak payah fikir banyak sangat. Teruskan buat panggilan pada customer yang lain. Aku masih ingat istilah company lama aku ajar aku dulu..
'The more people you call, the more chances you get'
' Keep Calling'
'Don't think to much'
'Always think positive'
Kerja sebagai Telemarketing ni memang enjoy. Kenapa? Sebab aku dapat peluang bercakap dengan ramai orang. Macam aku ni, aku memang suka bercakap, suka kenal orang, senang citer kerja yang membuatkan aku deal dengan orang itu memang sangat seronok pada aku.
So adakala tu mood down tu ada je menerjah dalam diri aku ni. Tapi aku masih pegang pada apa yang di ajarkan pada aku dalam mengawal emosi dan segala fikiran yang negatif, JUST DO IT! Teruskan je. Jangan fikir banyak.
So pada korang yang bakal menceburkan diri dalam bidang Telemarketing, Have Fun, and Make Money!! Yela setiap sales yang kita lakukan itu adalah rezeki kita. Kalau tak percaya, Cuba lah... hehehhe
Akak takde kompiden diri nak jadi telemarketing.. Tak pandai sangat nak entertain org.. Huhu.. Tapi ada hati nk jd dj radio.. Kahkahkah! Kelakar pulak rasa..
ReplyDeleteRosmiza Ali Official Blog™
Mesti banyak dugaan dia dlm bidang dia.. nak berhadapan dengan sorg2 customer tu.. nak pula kalau ada yg prank.. ada ke?
ReplyDelete