Mana rasanya yang sesuai untuk aku mulakan. Bukan untuk menunjuk tapi lebih untuk berkongsi. Satu masa aku terfikir, jika Allah kata aku akan mati sekejap lagi. Apa amalan yang aku nak bawak? Sebab hanya Allah dan aku sahaja lebih kenal siapa diri aku. Tebal mana kejahilan aku. Tunduk pada dengan kekhilafan aku. Tapi saat Allah cuba mengingatkan aku tentang tujuan aku di lahirkan, Aku masih lagi hanyut dalam buaian dosa sendiri.
Tapi aku sebak.... sekotor aku sebagai hamba Dia selama ni, Dia masih lagi mahu memandang aku. Aku seorang hamba yang telah mengkhianati janji kepada Dia sebelum aku di lahirkan ke bumi ni. Allah... Allah..Allah..Allah...
Dan sekarang baru aku tahu... Apa maksud "Segala Yang Baik Datang dari Allah dan Yang Buruk Dari diri aku sendiri". Setelah 26 tahun aku hidup... baru aku nampak makna tersirat istilah ayat tersebut. Macam mana aku nampak. Aku melihatnya dengan Mata Hati aku. Mata hati yang selama ni buta dan penuh hitam. Ye. Hitam sangat.
Jauhnya aku rasa dengan Dia....
Bila aku ingat saat Tahajjud bersama Nya, Satu malam aku menyerahkan diri kepada Nya..... sekarang pon aku menitiskan air mata keinsafan aku...
"Ya Allah..... Jika semua yang berlaku bertujuan untuk mendidik Hati aku... Aku serah semuanya pada Mu Allah.... Tidak aku mampu berdiri sendiri tanpa pimpinan Mu.... Tidak aku mampu untuk aku terus kuat dan tabah tanpa dorongan Mu... Kerana aku insan terlalu kerdil di hadapan Mu"
Salam blogwalking. Insaf dan tersentuh membaca.
ReplyDeleteterima kasih sudi baca blog ika....
Delete