Alhamdulillah... sejak sejak nak mula aktif dalam berblog ini banyak peluang yang aku dapat. Termasuk peluang untuk food preview beberapa minggu yang lalu. Ini adalah pengalaman kali kedua aku dapat join bersama dengan blogger yang berpengalaman dari aku.
Ok kali ni aku nak share dengan korang semua tempat untuk berbuka puasa. Haaaa dah nak dekat dekat bulan puasa ni, mesti korang tengah searching tempat berbuka yang enak+murah dan berbaloi. Betul?? So aku suggest kat korang datang ke Bangi Golf Resort (BGR).
Korang tak perlu risau tentang taraf HALAL nya makanan di BGR ni sebab, BGR atau Bangi Golf Resort adalah salah satu dari beberapa Resort Golf di Malaysia yang telah menerima sijil Halal daripada JAKIM. So don't worry ye sayang sayang semua =)
Haaaa... sebelum aku terlupa, BGR juga ada menyediakan 500 tempat letak kereta (di jangka siap menjelang ramadhan nanti) dan surau dan tandas juga di sediakan untuk lelaki dan perempuan. Aku dah masuk. Sangat selesa! Psssstttt.... aku siap mandi lagi kat surau tu.... =P
So now korang meh sini follow aku. Aku nak share kat korang Menu mereka yang istimewa!!! Haaa yang korang tengok kat bawah ni adalah antara makanan berat yang so Delicious !!!!
Kambing Golek *credit to www.fauziaryaan.com *
heheheh terlupa nak amik pic kambing. Dok syiok makan kat dalam =)
Nasi Briyani, Gulai Kawah Daging, Lemang dengan Rendang Daging, Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api
Nasi Ayam
Spaghetti with Chicken Carbonara Sauce
Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce , Beef Lasagna
Dah makan yang berat-berat, sure ada makan ala ala pencuci mulut atau ringan-ringan sikit kan. So ni di kategori kan sebagai Spanish Churro 'Live Station'. So ini antara yang akan manis maniskan mulut korang nanti....
Amacam? Nafsu korang tergoda tak? Rasa-rasa bakal ternoda tak dengan menu-menu yang di hidangkan di BGR a.k.a Bangi Golf Resort?
Petikan dari ucapan Chef Kamaruddin....
“Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant ini sentiasa menjadi pilihan kegemaran untuk berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan sepanjang bulan Ramadhan. Kami sentiasa memperkenalkan hidangan baru untuk memastikan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan dan pada masa yang sama, kami juga bekerja keras untuk mengekalkan keenakan rasa tradisional masakan kami secara konsisten agar pelanggan kami sentiasa datang kembali."
Apa kata aku untuk review kali ini? Superb beb!!! Aku suka! Aku bagi 5 Bintang!!! Korang aku sarankan cuba jugak makanan di BGR ini bulan puasa nanti. Tak kan menyesal sama sekali.
Jom Selfie kejap!
Maklumat untuk tempahan dan pertanyaan:
Bangi Golf Resort
Alamat: No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650 Malaysia.
Tel: + (60) 3-8925 3728 / + (60) 3-82100265
Facebook: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email: bgb.bangigolf @ gmail.com
Atau pon korang boleh telefon dengan direct Sales Coordinator BGR sendiri:
Nor Hidayah
Tel: 017-273 3386
Email: hattida@gmail.com
logo HALAL tu penting
ReplyDeleteBanyaknya makanan ,, nyum nyum
ReplyDelete