Tuesday, February 4

"Mama,mama MIA"

Aku adalah 'Mama....mama... Mia' untuk baby DAMIA AREESYA. Officially semalam aku dah pon memulakan kerjaya baru dalam diri aku iaitu menjadi penjaga kepada Baby Mia. 
 
 

Apa perasaan? Of course aku neves untuk lalui hari menjaga Mia. Pengakuan ikhlas nya aku sendiri sebelum ni tak pernah uruskan baby sepenuh nya even masa adik aku kecik-kecik dulu pon aku tak buat keje macam nak mandikan ke, sedawa kan, bagi makan, bagi susu tu pernah la tapi masa tu just tolong ibu simple-simple je. Bukan 100% aku buat la. 

BUT NOW!!

Keseluruhannya aku perlu lakukan. Ohhhh...satu tanggungjawab yang agak mencabar juga. Tapi yang bestnya, pengalaman ni aku gunakan sebagai tempoh masa untuk aku belajar SEBELUM aku ada anak nanti. Kira dah macam proses FULL TRAINING provided la. 

Nnati dah ada anak sendiri takdelah aku tergagap tak tau nak buat apa kan? Betol tak? 
 
 

Rasa MENYESAL? 

Huuuu TIDAK SAMA SEKALI aku menyesal untuk berkhidmat sebagai BABY SITTER @ 'Mama...mama MIA' ni. Bagi aku setiap apa yang aku lakukan ni adalah sebahagian tanggungjawab yang dah diberikan kepada aku. Jadi aku kena lakukan dengan SEPENUH HATI. Aku pasti akan ada ganjaran yang luar biasa untuk aku kelak =)

**Hati menanti dengan penuh sabar untuk CABARAN seterusnya menjaga Baby Mia. Kalo dalam telemovie tu Mama Mia tu cantik-cantik. Tapi aku SIMPLE but CUTE =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...