Tuesday, November 8

Wahai sang Ibu.... Niat kamu masih belum tercapai lagi ...

Assalam semua ^_^

Semoga hari ni membawa keceriaan dalam diri kita semua ye. Ok di pagi yang indah lagi segar ni.... sepatut nya kita kena la lagi tenang setenang cuaca yang cukup indah ni kan.. tapi story dekat paper hari ni tak la secerah yang kita ingin kan.... 

Kisah apa tu?




NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.

Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.

Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.

“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas. “Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.

** Mesti ibu kepada bayi ni tengah gabra kat umah tu kan..?? sebab anak dia tak mati rupa2nya... haaa tu la dia lupa kan hidup mati itu urusan ALLAH... kalau ALLAH tak mahu matikan.,,jadi bayi tu tak mati... harap ibu bayi tersebut dapat balasan secukupnya... Kalau la bayi tu bole bertindak.. agaknya dia cekik je kot ibu dia tu sampai matii.... =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...