Friday, October 21

Entri Hari Jumaat..

Assalam semua ^_^

Selamat Hari Jumaat semua buat blogger yang tengah2 dok nak blog walking tu kan... dan hari ni ika rasa macam nak tulis apa yang ika nak tulis... sesuatu yang may be bukan fakta tapi datang dari hati. Dan apa yang ika nak citer ni bukan la menyentuh sensitiviti masyarakat, atau berkenaan tentang politik , agama, negara dan seangkatan dengan nya... Entri ni cukup formal dan selagi ika rasa ika tak menyebut nama, atau mention kan sesiapa pon, then ika rasa ika tak buat sesuatu yang bole mendatangkan malu pada sesiapa. So if you free to read my entry then make sure your mind it free to accept it. 

Betul la bila orang cakap, makin kita dewasa dalam hidup ni, makin banyak orang yang akan kita kenal, makin banyak cabaran dan ujian yang akan datang dan kadang-kadang tu sampai kita tak tertanggung semua benda tu. Adakala semuanya akan datang dalam tempoh masa yang sama. Bila kita rasa kita kuat tapi sebenarnya tidak... Allah akan bagi ujian yang bertimpa-timpa sebab nak uji kekuatan diri kita sendiri. 

Antara perkara yang paling sukar untuk kita lalui apabila melibat kan hati dan perasaan manusia dan juga hati kita sendiri. Bila kita dah bagi terlalu banyak ruang pada mereka, kadang-kadang bole terlepas padang akan kepentingan diri kita. Bila kita terlalu menjagan hati dan perasaan orang, kadang-kadang terpaksa gadai kan perasaan sendiri. Dan sampai bila kita harus tahan dalm situais tu?? Adakala kita perlu tegas dengan pendirian dan cara kita. Bukan untuk menunjuk kita segalanya perfect, tapi untuk menegaskan yang kita berdiri di atas kata-kata dan prindip yang kita pegang.

Memang lumrah hidup manusia kan untuk tidak bole menerima kelemahan diri sendiri. Sesiapa saja termasuk diri aku sendiri.. dan aku akui kata-kata sebegitu benar dan aku tak menafikan. Sebab dah tertulis dalam sejarah manusia yang ini lah realiti manusia sebenar. Dan kerana kelemahan manusia ini la ALLAH kurniakan akal pada manusia supaya dia berfikir. Bukan bertindak ikut perasaan dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Itula salah satu keistimewaan manusia yang membezakan diri mereka dengan  makhluk ALLAH yang lain.

Dan bila ika cuba berhadapan dengan masalah yang ika alami, memang sakit tapi tersirat keindahan di sebalik kedukaan. Kalau tak ika sendiri yang menyokong dan mendokong diri ika, tak ada orang lain yang akan sanggup bersama ika. Pahit manis dah pon ika telan... dan kini... Ika rasa sangan tenang.... HHMMMM 

** ALHAMDULILLAH**

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...