Thursday, August 4

Dugaan RAMADHAN.

Kalau di ikutkan 'DUGAAN' ni bulan-bulan biasa pon sebenarnye dah ada dah,cuma kita ni je yang kadang-kadang tu tak perasan akan kehadiran dia..tapi bila masuk bulan ramadhan adakalanya 'dugaan' akan di sambut dengan hati yang ikhlas... sebab kita semua dah tau yang antara banyak-banyak bulan Islam,RAMADHAN la paling 'special' di antara bulan-bulan yang lain...

Walaupon sebenarnya hati,jiwa,akal,kudrat dah tak mampu untung menanggung 'dugaan' itu sendiri.. tapi bila jatuh pada bulan yang mulia ini, secara lansung kita tahu yang setiap dugaan yang di beri sebenarnya adalah laluan bagi kita untuk dpatkan kebahagiaan yang kita semua impi2kan..

Rahsia ALLAH atas pemberiaan dugaan ini adalah dia nak hamba2nya berdoa, meminta kepadanya... dengan jalan ini juga ALLAH nak ingatkan pada kita bahawa setinggi mana kita duduk, setinggi mana kita berdiri, kepuncak mana kita daki, semuanya takkan dapat menandingi kuasa DIA..apa2 yang terjadi dan segala apa yang kita perolehi, DIA tetap akan jadi yang paling teratas dari kita semua..

Hanya dengan cara ini juga, kita sebenarnya akan mengubati segala kesakitan kita menaggung segala ujian dan dugaan itu.... ALLAH S.W.T saja yang dapat membantu kita....semuanya perlu di balikkan pada DIA...HANYA DIA.... =)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...