Gambar Sumber Google
Alhamdulillah....
Selepas menempuh melawan Hawa Nafsu diri di bulan Ramadhan, seperti biasa Aidilfitri hadir sebagai ganjaran kepada setiap kita didunia selepas menempuh dugaan dengan jaya nya.
Walaupun...
Hakikatnya makin dewasa... makin kuat dugaan kita sebenarnya berbanding anak-anak kecil. Kadang-kadang rasa macam nak kembali waktu kecil dahulu. Sangat berbeza usaha dan tekun nya kita dalam mengerjakan ibadah dan tanggungjawab kepada Ilahi...
Itu aku lah.... Aku rasa korang semua mungkin ada yang lebih baik dari aku.
Jadi kesempatan yang ada ini aku nak ucapkan SALAM LEBARAN, SALAM AIDILFITRI dan SALAM KEMAAFAN kepada semua sahabat yang aku kenal... secara lansung ataupun tidak diatas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang disengajakan ataupun sebaliknya.
Aku adalah manusia biasa yang dilahirkan yang mana tidak lari dengan salah dan silap yang mana mungkin ada kesilapan yang berulang yang sehingga boleh membuatkan ada hati yang terguris.
Semoga kita sama-sama diberikan umur yang panjang dan bertemu di RAMADHAN yang akan datang.
In Shaa Allah....
KOSONG-KOSONG =)