Pullman Putrajaya Lakeside |
Magical Ramadhan Nights 2018 | Assalamualaikum semua. Uishhh! pejam celik pejam celik nak dekat puasa dah kita ni ye. Lagi beberapa minggu je kita semua akan menyambut bulan ramadhan. Yang gegirl ni dah habis ganti ke belum? Hahahah macam tanya kat diri sendiri pulak kita ni kan. hahahah
Ok anyway bila dah nak masuk bulan ramadhan ni, perkara yang akan muncul dalam kepala korang mesti nak makan apa dan nak makan kat mana kan? Actually bulan ramadhan ni adalah peluang untuk kita gather bersama family dan rakan-rakan. kan? betul tak?
So dah alang-alang nak berbuka bersama mesti korang nak cari tempat yang so best untuk dijadikan ianya sebagai the best moment dan tempat korang nak berkumpul nanti. So kat sini aku nak share tempat yang boleh korang pergi untuk berbuka bersama family dan kawan-kawan adalah di Pullman Putrajaya Lakeside.
Untuk tahun 2018 ini pihak Pullman Putrajaya mengetengahkan konsep yang bertema Magical Ramadhan Nights 2018 " Celebrate Your Break Fasting With Us". Yang mana suasana berbuka nanti ditempatkan dikawasan ruang legar Pullman Putrajaya dan akan dihiasi dengan lampu berwarna warni disamping itu korang juga akan dihiburkan dengan persembahan live band dan pertunjukkan lain yang disediakan oleh pihak hotel.
Bagi menu berbuka pula pihak Pullman Putrajaya Lakeside menyediakan lebih 300 jenis buffet menu makanan termasuk yang paling berat sampai lah yang paling ringan.
Kambing Panggang. The Most Favourite menu yang korang kena grap! |
Yang minat goreng-goreng macam ni pun ada. Kalau aku dari pilih nasi aku lagi suka menu yang macam ni. |
Healthy food jenis rebus-rebus pun ada. Yang on diet jangan pening pilih menu. Ada je untuk korang ni. |
Apa orang panggil ni Popia Vietnam? kan? Firstime rasa. Sedap! |
Peminat kuih melayu, ada je ni haa. |
Ini adalah sebahagian menu yang akan dihidangkan sewaktu berbuka puasa nanti. Kalau nak letak 300 semua jenis menu tu memang tak cukup la nak tepek kat sini kan? Jadi buat mereka yang berminat nak buat tempahan ni detail harga yang di sediakan.:
Harga :
Dewasa Rm188
Kanak-kanak Rm 110
Tapi istimewa untuk korang yang beli sebelum 30 April 2018 ni:-
Harga Early Bird sebelum 30 April 2018
Dewasa Rm150
Kanak-kanak Rm100
Untuk tempahan boleh hubungi :
Tel : 011-42142311 (En Nazri)
Emel : sales4@pullmanputrajaya.com
Wow meriahnya activity di Pullman Putrajaya ni. Siap ada Stormtrooper haa!
ReplyDeleteMenu nampak sangat menarik, terutamanya Kambing Panggang tu. Hehe favourite Bella bila berbuka di bulan Ramadan. Harga sedikit pricey pada Bella tapi Ramadan sekali je setahun kan, ok lah kalau berbuka satu malam dengan keluarga! :)
Menarik tema hotel Pullman ni. Lain dari yang lain. Rasa macam dekat world disney pun ada. Meriah sangat. Menu pun menarik. Ada nampak vietnam roll. Fav kita tu. Kalau dekat boleh cuba iftar dekat sini.
ReplyDeletehai ika,
ReplyDeleteserius menu kat situ memang gembak tau.. sesuai la dengan harga yang ditawarkan tu.. seriusly memang happening kan mlm tu.. anak akak smpai taknak balik sebab nak tgk show firework tu lagi.. kena pegi lagi ke mcm mane?? hahaha/.. tgk harga telan ailio gak la..
setiap tahun akan ke sini. tapi tahun ni takde rezeki. best ke sini sebab banyak gila choice yang ada.
ReplyDeleteMacam- macam ada ha..tapi kalau sebut buffet ramadhan yang queue panjang biasanya area kambing panggang kan..memang jadi pilihan ramai...
ReplyDeletewahh memang rare ya buka puasa kat sini. konsep magik yang lain daripada yang lain! harganya nampak agak mahal tapi sekali sekala pastilah berbaloi kan? lagi-lagi kalau datang dengan famili dan anak kecil. mesti semuanya terhibur dan puas hati!
ReplyDeletep/s: kambing panggang tu! mengancamnya... T,T
Meriah tempat macam ni..ni boleh cuba setiap jenis makanan sampai ke waktu moreh ni..hehe..makanan tempat macam ni konfem2 sedap kan
ReplyDeleteWow! Hampir rm200 dah. Aduhai :-) tapi, tgk tempat & makanan la ye yg buat harga gitu mahal. Menarik setting kerusi meja. Lain dari yg lain.
ReplyDeletePopia vietnam tu, menarik perhatian. Tak pernah try lagi tau. If aida ke Pullman, itu la yg aida cari dulu kot hi hi hi
Wow cantiknya suasana buka puasa kat Pullman ini memang membuat kita rasa nak datang sekali kat sini buka puasa kita suka sebab ia tepi tasik hehehehe ada pakej sekali bermalam kat sana tak nak rasa lah...
ReplyDeleteMagical indeed! Love the outdoor setting - very refreshing and great for a gathering of friends and family. Fire eaters and stormtroopers walking around, the kids would love it.
ReplyDeletecantiknya suasana di hotel ni! sangat berwarna-warni. suka tengok meja makan hijau kuning tu. aktiviti pun banyak yang best2. makanan yang disediakan juga banyak pilihan dan nampak sedap semuanya
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Tak pernah lagi ke Pullman ni. Teringin jugak nak merasa hidangan kat sini, katanya sedap-sedap. Tengoklah kalau ada rezeki lebih nanti sis ke sana..suka dengan deco yang dibuat serta ada aktiviti juga. Sure meriah berbuka di sana
ReplyDeletewow...pullman looks so hype! definitely not your typical ramadhan buffet. I would definitely want to try them out this year.
ReplyDeleteWah meriahnya persembahan kat sini dan agak unik berbanding tempat lain. Hidangan menu yang disajikan juga nampak menarik dan pelbagai jenis. Berbaloi ya makan di sini.
ReplyDeleteBiasa lah bila dah menjelang ramadhan ni, buffet sana sini. Best je tengok. Tapi harga mostly mencekik tahun ni.mahalll
ReplyDeleteWah menarik menu dia.sedap tengok kuih onde onde kan tu hahahahha airah pun tak berapa tau nama kuih ni
ReplyDeleteAmboi nya menariknya buffet ramadhan kali ini. Banyak pilihan makanan. Ika suka sgt dengan ramadhan.buffet especially dessert.
ReplyDeleteLast year hilma ada buka pose kat sini..mmg best..yg best ade performance yg if ada budak mmg happening..byk sgt mknan lauk byk sgt..western la kambing la..lauk kuah kawah la..best betul
ReplyDelete