My Fun Cooking 2017 | Assalamualaikum semua. Lepas saja balik dari mesyuarat di Nova Highlands Resort & Residence, Cameron Highlands , keesokanya aku terus memenuhi undangan ke pertandingan My Fun Cooking 2017 di One Space, One City USJ. Di maklumkan pertandingan ini terdiri daripada 4 pusingan. Pusingan pertama pada 15 Oktober 2017 (yang aku hadiri tempohari) , pusingan kedua pada 22 Oktober 2017, pusingan ketiga pada 29 Oktober 2017, dan pusingan akhir pada 12 November 2017.
Tumpang lalu. Aku pon nak enter frame juga. Heheheh |
Konsep pertandingan ini, peserta dibawah umur akan diberi sejumlah peruntukkan wang (budget) untuk membeli barang bahan masakan di SK Market iaitu salah satu syarikat penaja bagi pertadingan My Fun Cooking 2017 anjuran Syarikat Lee Kum Kee. Selepas itu mereka perlu menyediakan masakan mengikut tema yang telah pihak penganjur tetapkan. Bagi pusingan pertama ini, penganjur telah memilih ayam sebagai bahan utama sebagai pertaruhan peserta pertandingan tersebut dan para peserta diberi masa selama 1 jam untuk menyediakan masakan itu dan perlu menggunakan beberapa produk dari Lee Kum Kee sebagai bahan perasa tambahan dalam setiap masakan yang di sajikan. Barangan elektronik yang digunakan sewaktu pertandingan tersebut telah ditaja oleh Syarikat Electrolux and Desa Home Theatre Sdn Bhd.
Satu-satunya kanak-kanak lelaki yang menjadi peserta pada pertandingan tersebut. |
Barisan para pengadil di pertandingan My Fun Cooking 2017 |
Apa tak puas tengok gambar? Ok jangan risau banyak lagi ni haaa. Cuci lah mata anda semua ya.
Juri pun pening nak pilih pemenang sebab semuanya sedap-sedap belaka. |
Pihak penganjur juga ada menyediakan 'refreshment' untuk tetamu jemputan yand hadir pada hari kejadian. Peserta tengah sibuk memasak, aku apa lagi makan lah kenyang-kenyang kan.
Setelah pengadilan dibuat, juri telah memilih pemenang bagi pusingan pertama iaitu Puan Kat Kok Han Teng (Ibu) dan Chloe Chong Cheng Yee, 11 tahun (Anak) dengan sajian nya yang diberi nama "Kum Kee Golden Patties"
Mr. Vincent Chui, Regional Marketing Director Lee Kum Kee Malaysia telah menyampaikan hadiah kepada pemenang pusingan pertama. |
Peserta yang tidak berjaya tidak pulang dengan tangan kosong ya. Mereka turut menerima hadiah saguhati daripada pihak penganjur iaitu dari produk Lee Kum Kee.
Pemenang telah menerima barangan dari Lee Kum Kee dan juga Electrolux and Desa Home Theatre Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh layari official Facebook page “MyFunCooking2017” or contact Ms. Ling at 03-4287 0039 / 011-2608 8034.
Bestnyaa betul2 fun je nampak
ReplyDeleteBestnya masak-masak dengan anak. Bagus aktiviti ni, boleh eratkan hubungan antara anak dan ibu
ReplyDeleteSeronoknya buat program masak masak nie (:
ReplyDeletebw sini n dofollow blog nih..
ReplyDeletebestnya join contest macam ni, blh gilap skill memasak masing2, bukan hadiah jd buruan kan, tapi kepuasan diri yg paling utama sbb tgk semua peserta macam gembira je...
Bestnyaaa, semua nampak sedapp 😍
ReplyDeleteBestnya..Makanan semua sedap2
ReplyDeleteSeronok tgk mak dgn anak masak2..suwit.. ;)
ReplyDeleteMemang 'fun' kalau dapat masak sama-sama dengan mak. Best pertandingan macam ni. Menambah minat anak-anak jugak.
ReplyDeleteAllahh. Kusyukk sungguh naaa tengok depaa ni. Mesti sedap ni kann 😘
ReplyDeleteBagus konsep pertandingan ni. Memang idea yang baik buat pertandingan macam ni untuk rapatkan hubungan ibu dan anak
ReplyDeletemacam-macam menu ada. semua nampak sedap ni
ReplyDeleteAktiviti yg sangat awesome utk ibu dan anak..boleh asah minda dan kreativiti anak2...good jpn 👏🏻👏🏻
ReplyDeleteTerima Kasih Atikah. Thank you for sharing this interesting & fun Blog. Indeed good to see Lee Kum Kee is organising meaningful event for family - especial to nurture young generation to be interested in cooking.
ReplyDelete