Tuesday, August 18

ALASAN UNTUK BAHAGIA


Bila dah lama simpan, dah lama pendam adakala boleh sempit juga dada ni. Bukan diri ni nak sangat simpan semuanya dan kepam lama-lama. Tapi sebab tak tahu dengan siapa boleh diluahkan, Jadi penyelesaian nya aku pilih untuk berdiam bersama dengan 1001 perasaan yang bercampur. 

Bila dalam keadaan yang bercelaru ni aku tercari-cari apa saja aktiviti dan perkara yang boleh aku focuskan untuk buang segala yang mengganggu fikiran aku. Kalau aku tak buat, aku akan terus ingat, ingat, ingat dan ingat. Beratnya hanya Allah je la yang tahu.

Bukan lah niat aku nak war-warkan apa masalah yang aku lalui ini kepada umum, tapi dengan cara aku menaip segala isi kandungan yang terbelengu dalam otak aku disini aku dapat rasa sedikit demi sedikit zarah dan molekul bebanan yang aku simpan keluar tanpa aku sedar. 

Kesakitan yang melibatkan hati bukan senang sebenarnya nak diredakan. Buat la perkara yang mem'busy'kan 24 jam pon, focus sampai pecah otak, dengar lagu sampai high volume, duduk termenung sampai terhantuk kepala, tidak semudah seperti yang disangka.

Bila ianya berpunca dari mereka yang kita kenali, rasa regret tu hanya Allah je yang tahu. Apa salah dan dosa yang aku buat sehingga dia sanggup lakukan semua ini pada aku. Dia pulak seolah-olah tak rasa bersalah pada aku. Jadi apa yang aku boleh harapkan untuk dia faham situasi aku? Dia boleh teruskan hidup dia seperti biasa, tapi aku?

Aku berterusan berfikir kenapa, kenapa, kenapa, dan kenapa. Tapi dia? 

Sememangnya takkan ada yang faham jadi segala-galanya aku perlu lakukan demi melupakan dan sebagai alasan untuk bahagia. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...