Wednesday, June 25

AKADEMI FANTASIA 2014


Sampai sekarang aku terfikir, 'Aku jejak kaki ke audition AF?' Macam percaya dengan tak je. Tapi itulah hakikat nya. Actually aku tak pernah pon terfikir nak join audition tu, since wujudnya program realiti TV tu. Memang kalau di fikirkan dengan mata kasar. Bila dapat join AF, nak glamor? ala.... tutup mata je... semua bakal di jamu depan mata anda.

Tapi aku nak join bukan sbab aku nak glamour. Tapi aku minat dalam bidang nyanyian. So kalau dapat memang aku tringin nak blajar ilmu nak kembangkan lagi bakat dalam nyanyian. Tapi sayanggggg.... itu semua hanya mimpi untuk aku. Tak mungkin aku bole dapat. sebab package aku... alahaiiiiii... memang tak layak nak di bandingkan dengan mereka yang aku nampak kat sana masa audition tu....


Fuuuhhhh mencabar sangat woooo masa nak pergi audition ni. First kitorang tak dapat cari kat mana FINAS, Petaling Jaya tu. Masuk lorong berhampiran Crown Hotel PJ, Pak Guard yang tolong bagi tau. Siap tanya lagi... ' Ni nak pergi tu kann?' Ternganga kitorang jap. Terkedu mana pak guard tau. Bila di tanya rupa-rupa nya Hari Sabtu pon ramai tak jumpa lokasi FINAS tu. Ada tu yang dah sampai ke FINAS, Ampang. Kesian giler...

Kalau korang tengok pic aku bagi kat atas tu... ramai sangat sesangat orang nak audition. 5JAM bebbbbbb! berdiri bratur. Kaki aku macam nak terputus di buat nya. 

Tapi sebenarnya sebelum aku otw nak pergi pon, hati aku dah 50 - 50 gak. Nak pergi ke takkk...pergi ke takkk... Fisrt sebab aku tau, aku pasti takkan dapat. Plus aku punya aim hanya nak masuk..rasa beratur as peserta yang nak audition... nak sampai register dan sampai dapat no. giliran tu. Itu sahaja! 


Againnnn... adik aku sorang ni jugak yang rajin melayan aku. Aku nak ke sana dia bawak.. nak ke sini dia bawak.... hehehhe akak dia ni terlebih manja. Kalah adik adik manja tau... Thank You akak Tipahhhh.... =)

Selepas akhirnya merentasi 5 JAM berdiri dan menunggu hanya untuk register SAHAJA. Aku tak boleh tahan dahhh... kaki tangan dah menggeletar tahap parkinson baqqq hanggg... Bukan kerana takut... tapi kerana lapar! wuhuuuuu... dari sampai dalam kol 8.30...sampai 1.30 tengahari berdiri. Kau rasa? Tak biru muka aku time tu. Dengan penat + lapar + letih .... time tu terus beli makanan.



Terus kitorang straight masuk keter. Lepak dulu dalam keter sebab akak register tu kata 'Nanti datang balik dalam pukol 3 @ 3.30 ye. So apa lagiiiii... jam di tangan menunjukkan baru pukul 1.40pm. Masing masing makan tak sampai 5 saat habis weeiiii Nasi Hujan Panas. Lepas makan... masing-masing tidor... peeehhh enak sangat waktu itu. Dengan ekon yang di buka.... heaven rasa rehat dan bersantai. Nampak kaki aku yang macam orang kaya tu.... Itu menunjukkan kaki aku crame!! Oleh kerana aku nak juga tempuh sampai aku masuk dalam hall audition punya registration tu... jadi aku bertahan gak la tadi.... tu yang sampai 5 JAM berdiri dah macam redha di buatnya... 


Bak rangkap lagu AF 'Menuju puncak! Gemilang cahaya' bukan senang seeiiii. Lepas bangun dari tido yang lena aku pon brgegas semula ke tempat menunggu audition seperti yang di beri tahu. Masuk masuk je.... aku ingat nak dekat turn dah... alih alih no.4 angka tak habis lagi! no. aku 42603. Hisshhhh jauh nya niiii bila nak habis... nk tunggu kang mau ke lewat malam aku ni. Kesian adik aku. Esok nya  keje. Kang kalo aku tunggu kesian dia penat.

Ramai lagi yang tunggu.....tngok pic tu semua menanti. AAAAHHHHH aku stress pikir kan. Tapi sebenarnya tak la stress sangat. Sebab macam aku cakap tadi, aku hanya nak sampai beratur, amik nombor giliran. Hahahah giler kan aku. Buang masa berpnat dari pagi je. Tapi sebenarnya kalau aku tak perlu tunggu lagi pon and no.aku dah dekat, aku redah je masuk. Tapi di sebabkan kena tungguuuu lagi. Eeemmmm...

Jadi.... aku rasa aku rela korban kan...even aku dah pon separuh jalan je lagi. Tapi aku kesian kat adik aku kena tunggu so...Let It Go.... Let It Go...... Rasa rugi? tak lansung. Dari berpenat baik aku balik.... lagi best... 





Jadi as a reward untuk adik aku yang bersusah payah, aku belanja adik aku makan kat GASTRO SS15 Subang Jaya. Aku dengan dia memang suka makan Kuew Teaw. Apa sje masakan menggunakan bahan Kuew Teaw kitorang memang suka. So since aku rindu nak makan kat situ, then aku bawak adik aku cuba makan kat sana. Psssstttt, kitorang share bayar. Heheh dah dia order tomyam dan tambah air satu cawan lagi... terlebih dari budget la plak. keh keh keh...

Habis dahhhhhh....




8 comments:

  1. adeh...
    letih jugak tu beratur lepas tu patah balik,
    boleh coba lagi next time,
    xdek can le nk tgk atikah dlm tv thn nie
    hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Fuhhhhh....ada bakat terpendam tika ni

    ReplyDelete
  4. waaa... bestnyeeee... :)

    xpela, atleast awk berani.. klau ika, mmg x la.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eemm bole la gak... even x masuk sampai habis. At least saya bole encourage keberanian saya tuu...

      Delete
  5. alamak..baru nak afundi atikah tadi.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Meniggalkan Komen di Blog AtikahNorbaki.Com

RELEVAN KE LAGI BLOG NI YE?

Gambar: Google Relevan Ke Lagi Blog Ni Ye?| Assalamualaikum semua. Wahhh sudah lama berehat mengarang blog dalam tempoh berdekad-dekad...